Thursday, September 24, 2015

PENGKHIANAT PARTI DAN BANGSA. SINGKIRKAN SAIFUDDIN DARI UMNO.

KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2015
Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha
DAH lama IBM perhatikan si mamat seko ni. Cara dia berpolitik bukanlah cara yang jujur, tetapi mempunyai agenda beliau tersendiri. Pernah menjadi 'bapa' angkat kepada UMNO PetalinG Jaya Utara (PJU). Dari situ IBM sudah nampak bahawa si mamat ini akan mengkhianati UMNO. Banyak kes yang IBM dapat kesan kerana beliau melibatkan diri menyokong pembangkang. Kalau nak cerita disini panjang. Korang carilah sendiri. Rupa-rupanya firasat dan tekaan IBM itu menjadi kenyataan. Kini, si mamat seko tu telah menunjukkan 'belang'nya dan menterjemahkan siapa diri beliau yang sebenarnya. Kini hangat diperkatakan apabila dikalangan ahli-ahli UMNO akan tindakan bekas Timbalan Menteri pendidikan tinggi Saifuddin Abdullah yang hadir ke persidangan meja bulat Pakatan Harapan Selasa lalu. Untuk apa?
Bagi IBM ianya di lihat sebagai mencemarkan imej UMNO. IBM tidak  berkeseorangan mempertikaikan perlaku si Saifuddin ini, malah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO mempertikaikan kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan walaupun dikatakan bukan atas kapasitinya sebagai ahli parti Melayu itu (UMNO). Bagi pandangan IBM ianya tetap mencetuskan persepsi negatif dan membangkitkan persoalan mengenai motif tindakan tersebut. Tersebarnya berita hangat ini adalah kerana yang hadir ialah bekasTtimbalan Menteri dan ahli UMNO. 
Ini persepsi, katanya Tengku Adnan apabila ditemui  pemberita di Putrajaya hari ini, Khamis. Menteri wilayah persekutuan itu berkata, sebagai ahli UMNO mereka perlu mematuhi etika dan tindakan Saifuddin yang dilihat sudah membelakangkan parti. Diringkaskan, UMNO perlu memberi surat 'tunjuk sebab' kepada si Saifuddin dan sekiranya beliau berdolak-dalih memberi alasan yang tidak munasabah, singkirkan beliau dari UMNO. Kita tidak memerlukan seorang pemimpin seperti si Saifuddin di dalam UMNO, parti keramat orang-orang melayu. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"

2 comments:

  1. Saifudin is a national traitor !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Mak Bedah,

      Salam, salam aidil-adha.
      Setuju...memang betul tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...