Thursday, November 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA........


10 NOVEMBER 



PERASMIAN DEWAN TAN SRI ABDUL KADIR SHAMSUDDIN

TARIKH PERISTIWA : 10.11.1979
 
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan taraf dan kemampuan latihan dalam sektor awam supaya dapat mewujudkan satuPentadbiran Awam yang cekap dan lebih dinamis bagi menghadapi masa depan negara. Dalam usaha INTAN untuk mencapai matlamat tersebut, pihak pengurusan INTAN telah menyediakan Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin sebagai tempat mengadakan latihan ataupun kursus kepada kakitangan di negara ini. Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin yang tersergam indah telah dirasmikan pada hari ini 10 November 1979 oleh Y.B. Puan Sri Zainab bt Dato’ Abu Bakar. Upacara perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara Y.B. Tan Sri Abdullah b. Ayub dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y.B. Tan Sri Hashim Aman. Penamaan Dewan ini sebagai Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin adalah untuk mengenangkan jasa Aallahyarham Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin bekas Ketua Setiausaha Negara. Dewan ini adalah salah satu projek pembangunan INTAN di bawah rancangan Malaysia Ketiga. Projek ini telah dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dan siap dibina dengan perbelanjaan RM1.5 juta. Dewan ini boleh menampung seramai 500 orang. Kemudahan-kemudahan lain di Dewan ini ialah ruang pejabat, bilik kuliah dan bilik perbincangan kumpulan. Kemudahan-kemudahan seperti ini harus menggalakkan lagi bukan saja kegiatan-kegiatan latihan malah aktiviti seni dan sukan di INTAN. Sempena dengan perasmian tersebut beberapa program khas telah diadakan seperti pameran mengenai kegiatan-kegiatan INTAN sejak ianya tertubuh dalam tahun 1972, persembahan seni muzik dan nyanyian-nyanyian. Sesungguhnya dengan perasmian Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, diharap INTAN akan bergerak dan berkembang maju sebagai sebuah Institusi Latihan yang boleh dibanggakan oleh generasi-generasi akan datang.

SELAMAT MEMBACA KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT MENAAFAT DARI APA YANG DIPAPARKAN DISINI. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...