ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
PERMOHONAN PR SUDAH TIDAK SAH, DITOLAK OLEH ROS, KENAPA YE?
Sudah tentu ini menjadi kemarahan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) dan sudah tentu menuduh UMNO/BN dibelakangnya setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan mereka untuk mendaftar gabungan mereka Pakatan Rakyat (PR) yang dipohon oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini sudah tidak SAH.
Berita yang pedih ini bagi Pakatan Rakyat, telah dijelaskan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) , Datuk Abdul Rahman Othman semalam. Alasan yang di beri oleh ROS ialah kerana Zaid telah meninggalkan parti PKR dan tiada permohonan lain yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat selepas itu.
Katanya, memang betul Zaid ada memohon, tetapi beliau telah meninggalkan parti tersebut, maka dengan cara otomatik permohonan itu tidak SAH. Oleh itu, Datuk Abdul Rahman meminta pakatan pembangkang supaya memahami procuder yang sedia ada oleh ROS dan jangan cepat melenting.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) merasa kesal apabila Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kononnya sengaja melambatkan proses permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat (PR). Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dengan lantang menyalahkan tindakan ROS dan memberi gambaran diatas kelemahan Jabatan tersebut kerana tidak memaklumkan segera mengenai status permohonan dilakukan.
Beliau memberi amaran dan peringatan kepada ROS supaya tidak bermain politik kotor dan sebagai agensi kerajaan harus menguruskan pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan adil. Begitulah katannya.
Memang telah di jangka bahawa pembangkang akan membuat kenyataan sebegitu rupa. Mereka akan kait dan salahkan kerajaan jika segala apa kemahuan/tuntutan mereka tidak dipenihi. Sebenarnya mereka yang bersalah, tapi orang lain yang kena. Biasalah tu. IBM syorkan supaya jangan di layan parti bodoh ni. Buang masa je. Tumpukan pada perkara yang lebih berfaedah, khususnya kepada rakyat kerana kempen "Rakyat didahulukan" masih diteruskan. Jom kita ramai-ramai menjayakannya.