Wednesday, November 9, 2011

Ku Li Nafi Keluar UMNO

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau telah bertindak keluar dari UMNO bagi memberi fokus terhadap NGO yang ditubuh beliau iaitu Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).


Beliau turut mendakwa spekulasi tersebut tidak benar dan sekadar khabar angin semata-mata.

Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini juga masih yakin terhadap UMNO kerana beliau masih lagi bersama di dalam parti ini.

"Siapa cakap? Kalau saya keluar parti tak perlu cakap dan saya tak ada di sini", kata beliau pada sidang akhbar bersempena kelulusan ROS mendaftar AMANAH.

Turut serta pada Sidang Media tersebut adalah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. 


Harap-harap tidak le begitu. Jangan cepat melenting ku Li. Jasa mu pada UMNO tetap dikenang. Kalau ada apa-apa perselisihan dengan peringkat atasan cepat-cepat le selesaikan jangan sampai menjejas perhubungan sesama kita. Khidmat mu Ku Li masih diperlukan. sayangailah UMNO parti keramat orang2 melayu ini.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...