Saturday, November 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA......

12 NOVEMBER 



PELANCARAN RASMI PERBADANAN KEMAJUAN BANDAR ( UDA )

TARIKH PERISTIWA : 12.11.1971

Perancangan yang teliti dan teratur perlu dilakukan terutama di kawasan bandar. Pembangunan yang tidak sempurna akan membawa kepada kewujudan-kewujudan masalah-masalah besar di bandar seperti susun atur perbandaran yang tidak teratur. Kesesakan dan ciri-ciri keselamatan pada sesebuah bandar. Pada hari ini, 12.11.1971. Ke arah menyelaras pembangunan bandar, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak telah melancarkan dengan rasminya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) bertempat di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur.
UDA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen No.6, tahun 1971. Di antara fungsi-fungsi utama yang akan dijalankan oleh UDA ialah:-
  • Memaju dan melaksanakan projek-projek di kawasan-kawasan pembangunan bandar yang meliputi pembangunan semula, penempatan semula, perumahan awam dan memberi perkhidmatan serta kemudahan-kemudahan massyarakat yang sewajar dengan kehidupan moden.
  • Memaju dan melaksanakan projek-projek di kawasan-kawasan pembangunan bandar dengan tujuan supaya peluang-peluang dalam lapangan perusahaan dan pedagangan/perumahan dan lain-lain dapat dibahagi-bahagikan antara berbagai kaum dan
  • Mengadakan program tindakan, bagi melaksanakan dasar kerajaan hendak menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.

Berucap semasa perasmian UDA, Tun Abdul Razak, UDA hendaklah menjamin supaya pembangunan bandar terutama sekali pembangunan sektor pedagangan di Kawasan ibu kota memberi peluang kepada semua kaum mengambil bahagian secara adil dan saksama dalam semua kegiatan itu.

Pada perasmian ini juga Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengumumkan anggota perbadanan ini iaitu:-
  • Pengerusi: Y.B. Datuk Yacub Hitam
  • Timb. Pengerusi: En. Phang Kon Hee
  • Anggota: Y.A.B. Datuk Haji Harun Idris
  • Encik Hashim Sam Latiff
  • Encik Husaini Abdul Jamil
  • Dr. K.C. Cheah
 
Dengan pelancaran UDA, pada hari ini dalam tahun 1971, merupakan usaha-usaha perancangan awal kerajaan memodenkan orang-orang Melayu dan bumiputera di kawasan bandar, di samping menjadi penggerak utama usaha menjayakan Rancangan Malaysia Kedua dan Dasar Ekonomi Baru.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MOGA CERIA BERSAMA KELUARGA BERISTERIHAT DIHUJUNG MINGGU INI. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...