Monday, November 7, 2011

Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri Selesai Tunai Ibadah Haji

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM AIDILADHA, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.
"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.
Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. BERNAM.


Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Semoga tenang hati Perdana Menteri kita sekembalinya ke tanah air dan dapat meneruskan tugas-tugas yang negara yang belum selesai. Teringin juga hati ini hendak kesana, tapi...bila ye?...insyallah, bila ada rezeki nanti IBM pasti akan ke tanah suci.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...