Tuesday, November 8, 2011

Anwar bengang Program hak kaum sejenisnya di sekat

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isninmempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' apabila menyifatkan ia sebagaimedan perbincangan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) terutama dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan.
Beliau pada masa yang sama turut membidas beberapa pihak yang membantah penganjuran program itu terutamanya secara berterusanmenghina penganjur serta individu yang terlibat.
"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina.
"Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bagi membantu siasatan.
Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu esok (Rabu) atas kapasiti peribadi.
Mengulas lanjut Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan parti itu bagaimanapun tidak menyokong penganjuran program berkenaan.

Menurutnya PKR dengan jelas tidak bersetuju dengan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya dah sebut bahawa kita tak sokong dan tak sertai program itu.
"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan (LGBT).
"Kalau ada melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka," katanya.
Selain itu Anwar mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media tertentu berkaitan program berkenaan bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.
"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alihpandangan daripada isu-isu besar yang lain.
"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini (LGBT)," katanya. 

  
Wow..wow...memang dah dijangka pun. Anwar  akan mempertahankan partner betinanya tu dan juga hak asasi kaum sejenisnya. Kesimpulannya, kepada rakyat Malaysia dan penyokong2 fanatik Anwar, adakah pemimpin seperti ini yang nak di sanggung, dijulang dan dilantik untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia?...fikir2kanlah....semoga negara ini selamat dari kalangan pemimpin yang bermiripkan seorang 'Gay'......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...