ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA
3 NOVEMBER
PENGURNIAAN PANJI-PANJI PASUKAN PERTAMA ASKAR PENINJAU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TARIKH PERISTIWA : 3.11.1962 |
Pasukan Pertahanan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan keamanan di dalam negara ini. Kemampuan pasukan askar kita telah terbukti kewibawaan pada zaman darurat dahulu. Kemampuan menghapus kegiatan dan kezaliman Komunis (1948-1960) menjadikan pasukan askar wira negara. Di atas jasa yang ditunjukan itu, pada hari ini 3 November 1962 Pasukan Pertama Askar Peninjau Persekutuan Tanah Melayu telah dikurniakan `Panji-Panji’ yang menjadi lambang kehormatan, kemegahan dan bukti taat setia kepada negara.Pengurniaan panji-panji yang julung-julung kali bagi pasukan ini telah dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putera Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalulai dalam satu istiadat di Perkhemahan Tentera Sungai Udang, Melaka. Pasukan ini ditubuhkan pada 2 Sept. 1952 di Taiping Perak dikenali dengan nama Batalion Pertama Pasukan Tentera Persekutuan. Ianya ditubuhkan atas inisiatif Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan beliau telah dilantik sebagai Kolonel Pasukan yang pertama dan apabila beliau bersara pada Mei 1954, DYMM Raja Perlis telah menggantikan tempatnya sebagai Kolenel Pasukan yang kedua. Pengorbanan Pasukan Tentera ini kepada rakyat untuk mewujudkan keamanan terbukti dengan kejayaan mengalahkan komunis di Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Pahang dan kejayaan cemerlang dicatatkan di Tangkak, Johor apabila pasukan ini berjaya mengisytiharkan Kawasan Putih di kawasan ini pada tahun 1957.
|
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN. MOGA MENDAPAT MENAFAAT DARINYA, INSYALLAH. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]