Saturday, November 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA..........


5 NOVEMBER 



PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN REPUBLIK KOREA

TARIKH PERISTIWA : 05.11.1962

 
Usaha-usaha ke arah mengukuh dan memajukan perdagangan di antara Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Korea, satu perjanjian perdagangan di antara kedua-dua negara telah ditandatangani pada 5 November 1962.Perjanjian ini ditandatangani di Seoul, Korea, Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Y.B. Encik Mohamed Khir Johari, sementara Republik Korea diwakili oleh Encik Choi Duk Sin, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Perjanjian ini mengandungi sepuluh perkara, antara isi-isi utama perjanjian tersebut ialah: 
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Korea akan berusaha memperbanyakkan lagi perdagangan terutamanya mengenai barangan ekspot bagi kedua-dua buah negara.
  • Setiap pihak hendaklah memberi layanan yang terbaik sekali kepada satu pihak lain dengan tidak bersyarat dalam segala perkara termasuk mengenai cukai-cukai kastam, sebarang bayaran import dan eksport, bayaran cukai peraturan yang bersabit dengan jual-beli barangan.
  • Setiap pihak hendaklah memberi layanan yang baik kepada kapal-kapal dan kapalterbang pihak yang satu lagi, termasuklah mengenai bayaran dan kemudahan penggunaan pelabuhan dan lapangan terbang.
Perjanjian ini tidaklah menegah satu-satu pihak daripada mengambil atau menjalankan langkah-langkah mengenai perkara-perkara seperti berikut:-
  • Keselamatan dan pertahanan negara serta keamanan antarabangsa
  • Berjual beli senjata, peluru dan alat kelengkapan perang
  • Memelihara Kesihatan Awam, memelihara haiwan dan tanaman daripada penyakit dan
  • Berniaga emas dan perak
Perjanjian perdagangan yang termetrai telah dapat memperluaskan lagi hasil dagangan di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.


SELAMAT MEMBACA KEPADA PARA PEMBACA BUDIMAN SEKELIAN. SELAMAT BERCUTI DI HUJUNG MINGGU DAN CERIA SELALU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...