ASSALAMUALAIKU, SALAM AIDILADHA, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
SEMBANG-SEMBANG SUKAN :
MALAYSIA JUARA BADMINTON REMAJA DUNIA 2011
Syabas dan tahniah kepada Zulfadhli Zulkifli, Juara Badminton Remaja Dunia 2011. Sudah ada bayang pangganti Datuk Lee Chong Wei.
Pemain remaja negara di bawah naungan KLRC, Zulfadhli Zulkifli muncul sebagai pemain perseorangan remaja terbaik dunia selepas menewaskan pilihan pertama yang juga juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen, 21-18, 9-21, 21-19 dalam masa 50 minit di pertandingan akhir kejuaran Remaja Dunia 2011 yang berlangsung di Taiwan.
Sementara itu,Malaysia juga merangkul kejuaraan bergu apabila satu lagi wakil diperlawanan akhir iaitu bergu lelaki, Nelson Heg Wei - Teo Ee Yi mengalahkan bergu tuan rumah, yang juga pilihan pertama, Huang Po Jui - Lin Chia Yu dalam tempuh 37 minit sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada edisi lalu dan menjadi bergu remaja lelaki terbaik dunia ketika ini.
SKUAH : DATUK NICOL ANN DAVID RANGKUL KEJUARAAN SKUASY TERBUKA DUNIA KALI KE 6 BERTUTUT-TURUT. TAHNIAH!
Datuk Nicol Ann David berjaya merangkul kejuaraan skuasy terbuka Dunia yang berlangsung di Rotterdam selepas menewaskan pemain dari England, Jenny Duncalf di perlawanan akhir Skuasy Terbuka Dunia 2011 sebentar tadi. Datuk Nicol yang sebelum ini menewaskan Natalie Grinham di separuh akhir, menapati setatusnya sebagai pemain no 1 dunia sekali gus mempertahankan gelaran dunia yang didominasinya sejak 6 edisi berturut-turut.
Turun selaku pemain pilihan utama, Datuk Nicol tidak menghadapi masalah menyingkirkan Jenny Duncalf dari England itu, 11-5, 11-2, 11-0 dalam masa 28 minit sahaja. Kejuaraan kali ke 6 berturut-turut ini mengukuhkan lagi cengkaman beliau dalam rangking skuasy dunia.
Sekalung tahniah kepada mereka semua kerana telah mengharumkan nama negara di arena sukan sekali gus menjulang nama negara dimata dunia. Tahniah sekali kepada mereka-mereka ini, syabas, Malaysia boleh!