Saturday, November 5, 2011

Lagi dan lagi anggota PAS keluar parti...

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


TERKINI, 70 ANGGOTA PAS DI KUALA KEMAYAN KELUAR PARTI SERTAI UMNO

BACHOK: Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.
Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
"Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, Sabtu.
Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.
"Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika mahu memancing undi ketika pilihan raya sahaja dan selepas itu dia tidak lagi menampakkan muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami ini," katanya.
Azlan berkata ini berbeza dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot kepada nelayan yang memerlukan serta elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 setiap bulan.
Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kesedaran rakyat terutama di kalangan anggota serta penyokong Pas untuk menyertai UMNO.
"Gelombang penyokong Pas menyertai UMNO semakin kuat di daerah ini dan sebelum ini sebilangan besar penyokong Pas dari Kampung Jembal, Kubang Telaga, Mak Makyong dan Kampung Kolam bertindak keluar daripada parti itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelanan. - BERNAMA


Sudah jelas sekarang trend menyokong UMNO sudah ketara di Kelantan. Ramai anggota PAS sudah hilang kepercayaan terhadap parti PAS dan juga wakil rakyat mereka yang tidak menunaikan janji-janji mereka. Oleh itu, kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN di Kelantan, ayuh, apa lagi tunggu?...pastikan kebajikan rakayat/pengundi di Kelantan di jaga mulai sekarang. Keraplah turun padang, program "Rakyat di dahulukan" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita, harus diteruskan dari masa kemasa. Insyallah, "misi tawan kembali Kelantan" akan tercapai.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...