Wednesday, November 9, 2011

Hangat! Hangat!..Persidangan DUN Selangor diramal tegang hari ini...

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


BAJET : KHALID GAGAP JANJI BERITA BAIK. TUNGGU! 



SIDANG  Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini dan dijadual akan berakhir pada 18 November ini dijangkakan lebih menarik dan bakal mencuri tumpuan ramai. Betul ke begitu?. Berdasarkan maklumat dan andaian beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan Reput) dan Barisan Nasional (BN), persidangan DUN ini dikhabarkan persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan pastinya sepanjang tempoh persidangan, drama perbahasanya lebih realistik, matang dan pastilah hangat daripada biasa.

Hari ini, tumpuan pastinya terarah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Khalid gagap) yang akan membentangkan Bajet 2012 Kerajaan Negeri. Pelbagai ramalan dan telahan awl dibuat termasuklah melabelkan sebagai bajet alternatif terbaik Kerajaan Negeri yang mampu bersaing dengan Bajet 2012 oleh Kerajaan Pusat, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober yang lalu.



Menurut sumber yang terdekat, Abdul khalid gagap memdedahkan, ada beberapa elemen berita baik untuk rakyat dalam bajet kali ini. Selain meneruskan kesinambungan inti pati bajet sebelum ini, difahamkan ada habuan istimewa dijanjikan kepada rakyat.

Turut mencuri perhatian, peranan pembangkang negeri (kalangan wakil rakyat BN) yang bersiap sedia dengan 'senjata' masing-masing untuk mempersoalkan dan dan membuat pendedahan khususnya menjurus kepada apa yang dikatakan pelanggaran janji-janji Pakatan Rakyat dalam tempuh 3 tahun 7 bulan pemerintahannya.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman pada satu sidang media semalam menegaskan, beberapa asas penilian telah dilakukan dan tidak menolak kemungkinan perbahasan kali ini lebih hangat dan panas mengikut keutamaan dan isu-isu yang telah diperhalusi.
Hangat, pasti hangat. Mana mungkin sesebuah negeri boleh membentangkan bajetnya lebih baik dari bajet kerajaan Persekutuan. apalah bodoh punya Menteri Besar gagap seko ni. Kalau nak kelentong, biarlah berpada-pada. Rakyat bukannya bodoh lagi. Janji-janji di PRU yang lepas pun banyak lagi yang tertunggak, kini dah nak buat janji-janji baru. Inilah dia Pakatan Rakyat, pakatan reput dan menipu rakyat. Apapun, diharap persidangan dapat berjalan dengan lancar, asalkan tidak ada bangku yang terbang, hehehehe.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...