Saturday, February 8, 2014

ANWAR SUDAH MULA BERANGAN MENJADI MB SELANGOR....

SABTU, 08 FEBRUARI 2014
BELUM pun bermulanya PRK DUN Kajang, Anwar Ibrahim dalam jelajah kempen beliau sudah menampakkan seolah-olah beliau adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Terlalu yakin yang beliau akan memenangi PRK tersebut. Banyak janji-janji manis yang beliau taburkan semasa berkempen yang mana IBM dapat tahu bahawa kempen beliau 'hambar', tidak mendapat sambutan. Tapi, Anwar masih angkuh dan yakin bahawa beliau akan menang sekali gus akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Itulah wajah sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Awnar Ibrahim ini. Belum apa-apa lagi beliau membayangkan bahawa beliau bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tak dapat jadi Perdana Menteri, Menteri Besar pun jadilah. Malam semalam semasa berceramah di Dataran Prima Saujana, Kajang, Anwar memuji dan mengakui Abdul Khalid merupakan seorang tokoh ekonomi yang hebat tetapi beliau perlu menjadi Menteri Besar untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negeri tersebut. Bagi pandang IBM yang bodoh ni, kalau dah puji Khalid melambung ke langit,  hendak ganti dia buat apa? Selangor sudah ada rekod baik dan Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri Selangor dengan baik. Jadi, apa isunya Anwar nak tendang si Khalid gagap tu?

Seperti biasa, Anwar dengan muka sedihnya merayu, sekiranya beliau (menjadi Menteri Besar Selangor), (dia) bantulah beliau. Dan katanya beliau tak kata hendak jadi Menteri Besar tetapi kalau beliau ambil alih dari Khalid, asas sudah ada. Apa pun, kita mesti menang di Kajang dahulu, katanya dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang. Apa punya belit le Anwar ni. Tuah berpihak kepada Anwar apabila dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadual berlangsung 23 Mac ini. PRK DUN Kajang diadakan apabila Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan pada hujung bulan lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Semuanya itu telah diatur. Itu semua adalah permainan kotor dari Pakatan Rakyat Selangor yang ingin menyelamatkan krier politik Anwar yang mana kes isu liwat ll beliau akan di dengar tak lama lagi. Bijak...bijak si nuar ni. Tapi, jangan lupa. Allah lebih hebat, lebih bijak. Apapun kita tunggu dan lihat sejauh mana kehebatan manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang kononnya Anwar "Anugerah Tuhan". Puiiiii!!.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...