Saturday, February 8, 2014

TAHNIAH!! SEPAHTU JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

SABTU, 08 FEBRUARI 2014

HIBURAN
Selepas  sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, malam tadi. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match. Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi. Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish. Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani. MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
P/S ~ IBM memang dah jangka Sepahtu akan jadi juara. Tahniah!. Walau bagimanapun, kesemua perserta telah melakukan yang terbaik, tapi akhirnya hanya satu sahaja yang berjaya dan dinobatkan sebagai juara. Itulah Sepahtu. Tahniah sekali lagi dari IBM.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...