Thursday, March 8, 2012

Ini Semua Salah Pak Lah. Kenapa Najib Yang Minta Maaf??


WALAUPUN ramai pemimpin Umno di bahagian-bahagian menyambut baik tindakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf kepada rakyat ekoran kesilapan BN di masa lalu, ada juga desas-desus yang mengatakan mereka kurang bersetuju dengan tindakkan DS Najib itu. Kata mereka, itu bukan salah beliau, tapi Pak Lah.

Dalam ucapan DS Najib baru-baru ini, kekalahan BN yang lalu dan rakyat menolak BN, mesti ada silapnya. Maka beliau menyeru agar pemimpin-pemimpin berlajar dari kesilapan yang lampau, jangan angkuh dan bongkak. Kita sebagai pemimpin mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen.

Dalam soal siapa salah siapa benar, IBM berpendapat, tak payahlah kita nak ungkit-ungkitkan lagi. Yang lepas tu lepas lah. IBM bukan nak memenangkan Pak Lah. Kita patut sedar bahawa Pak Lah tu juga manusia seperti kita dan bekas pemimpin kita. Semasa beliau menjadi boss kita, ada juga jasa beliau, dan kita jangan cepat nak melupakan jasa-jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh bekas-bekas pemimpin kita yang lalu, termasuklah Pak Lah.

Kalau boleh, kita jangan ikut rentak pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dan suka mencari kesilapan orang lain. Apatah lagi untuk berterima kasih. Kan apa, dalam agama  kita pun ditutut untuk kita bermaaf-maafan. Bak kata DS Najib semasa beliau berucap di Baling Kedah baru-baru ini. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf, yang kalah pun minta maaf. 

Maka, ekoran dari itu, salah seorang ketua Umno bahagian di Kedah, tak payah sebut namanya le, tidak bersetuju dengan maaf yang DS Seri Najib ucapakan, keraana menurut beliau, Najib tidak perlu memohon maaf kerana kesilapan itu dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Katanya lagi, sepatutnya Pak Lah yang minta maaf, bukan Najib. Waktu itu Najib tidak buat salah apa pun. Dan lagi, Najib belum pun hadapi pilihan raya yang pertama, jadi beliau tidak buat salah.

Apapun, kita patut 'salute' pada PM kita yang berani dan berterus terang pada rakyat, bukan kerana PRU ke-13 sudah nak hampir, tapi demi nama baik parti Barisan Nasional, beliau sanggup turun padang untuk terus mendampingi rakyat. Bagi IBM, berbalik pada isu minta maaf tu, mungkin DS Najib meminta maaf bagi pihak Pak Lah. WA. Sekian. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Setuju pendapat IBM, tetapi setiap kelemahan mesti ada pin point oleh itu kejatuhan BN semasa pemerintahan Pak Lah..sudah tentu jari akan menuding kepada beliau. Tun M menyerah kuasa kepada Pak Lah ketika BN berada di kemuncak dengan kemajuan yang dibawa BN. Walaupun BN mendapat tamparan hebat semasa pemecatan anwar dimana Melayu berpecah belah..Namun kebijaksanaan Tun masih dapat mengekalkan majoriti 2/3. Semasa Pak Lah tiada tamparan hebat namun BN hilang kuasa majoriti. Tak perlulah kita menegak kan pekara yg tidak benar..lemah tetap lemah, silap tetap silap..Pak Lah sebagai Pemimpin seharus terima akan kelemahan beliau.

    Pls link kan saya. TQ

    ReplyDelete
  2. Salam KEKURA,

    BETUL tu. Yang lepas tu biarlah lepas. Jangan menyalahkan org lain. Kita perbetulkan yg dimana silapnya dahulu. Apa yag penting skrg, bersatu sebagai sebuah pasukan, insyallah, BN akan mencapai kemenangan di PRU ke -13 nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...