JOHOR KUBU KUAT BARISAN NASIONAL (BN). PEMBANGKANG BOLEH MAIN JAUH-JAUH
PASIR GUDANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebagai penipuan terhadap rakyat di negara ini. Beliau berkata segala yang dijanjikan parti pembangkang akan menyebabkan negara ini mengalami defisit lapan peratus. "Kita sudah selesai kaji manifesto pihak pembangkang. Kita cuba mengekalkan defisit pada kadar empat peratus sahaja. Kalau pembangkang, defisit itu akan mencecah sampai lapan peratus," katanya. Defisit itu, katanya, akan menyebabkan negara mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga pelabur luar hilang kepercayaan terhadap negara ini dan kemudiannya Bank Dunia akan melabelkan Malaysia sebagai negara yang bankrap.
Beliau berkata demekian semasa merasmikan Majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia, Gelombang Biru Peringkat Negeri Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang semalam. Tan Sri Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata kerajaan memperuntukan RM42 billion setahun untuk memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan pelajar dan jika PTPTN dihapuskan maka ia akan menyebabkan ramai yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang tingggi.
Justeru, untuk mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13, beliau menyeru semua anggota BN supaya memperkukuh kerjasama di semua peringkat, membuang segala masalah antara mereka, menerima siapa sahaja calon yang diputuskan kepimpinan BN, setia kepada parti dan memastikan semangat juang yang sentiasa tinggi.
IBM kata : Kalau dengar apa yang pembangkang janjikan di dalam menifesto depa, banyak yang free, maka bankrap le negara kita ni. dan didalam soal hapuskan PTPTN iannya seolah-olah pembangkang tak mahu pelajar-pelajar kita jadi pandai, jadi macam depa memerintah ala komunis. Itulah warna sebenar pembangkang. Fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKANLAH. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA