Monday, March 11, 2013

ALL ENGLAND : DATUK LEE CHONG WEI GAGAL

SEMBANG-SEMBANG SUKAN LE PULAK :
INGATKAN pagi semalam bolehlah tengok siaran langsung kejohanan badminton All England secara langsung. Tapi, IBM tewas kerana terlena di lamun mimpi dik kerana keletihan sepanjang hari membantu wanita UMNO Petaling Jaya Utara di program "Gerak Tumpu'. Syukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Dengan komitmen yang diberikan oleh wanita Umno PJU, IBM dapat rasakan bahawa Parlimen Petaling Jaya Utara akan dapat ditawan kembali daripada DAPigpada PRU ke-13 nanti. Tony Phua dah tentu merasa gusar.

Oh ya berbalik pasal badminton All England tadi, nampaknya hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi untuk kali ketiga tak sesampian. Beliau begitu kecewa sekali. Katanya dia terlalu banyak membuat kesilapan di kedua-dua set. Apapun Datuk, jangan putus asa, banyak lagi kejohanan yang akan berlangsung. Teruskan perjuangan mu demi untuk negara. Rakyat/peminat badminton seluruh negara sentiasa mendoakan kejayaan Datuk. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...