Sunday, March 17, 2013

OPS DAULAT DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH BERSIH DARIPADA PENGGANAS


Lahad Datu - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.  Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan. Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina. "Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu. 

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan. Datuk Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat. "Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

IBM Kata : Cari celako-celako pengganas tu sampai ke lubang cacing. Tiada tempat seperti mereka-mereka  itu yang menceroboh negara orang di sini. Malaysia sebuah negara yang cintakan kedamaian, bukannya hura-hara. Harap pembangkang di negara ini juga mesti mengambil aktibar akan apa yang berlaku pada negeri Sabah, dan, jangan cuba-cuba mempolitikan isu Ladah Datu ini. Enough is enough. PERINGATAN KEPADA PEMBANGKANG. Kita harus memandang terus ke hadapan, bukannya ke belakang. Nak memerintah atau menubuh kerajaan yang baru, bukan itu caranya. Tak perlu memanggil orang luar membuat kecoh dan menceroboh. Tiada untungnya. Malah, kita yang rugi. Fikir-fikirkan.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...