Friday, March 15, 2013

1 MILLION WOMEN 'PURPLE WALK' 2013 (BIG WALK)



Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan 1Million Woman Purple Walk 2013 (Big Walk) di Putrajaya.

1 Million Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan diadakan serentak di seluruh negara. Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013. Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Mac 2013 di Dataran Putrajaya.

Sementara itu, Purple Walk di peringkat Parlimen Petaling Jaya Utara (BN) pula akan di adakan seperti butir-butir berikut :
Tarikh  : 17 Mac 2013
Masa    :  7 :30 pagi.
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh menghubungi : Sdr Sheikh Harun, Cikgu Rohani dan Cik Ir Zaidah (untuk PJ Utara sahaja). Harap Maklum.

IBM Kata : Datang jangan tak datang. Bermacam-macam acara ada di sana. Sambil itu boleh kita beramah-mesra di antara kita. Kita 1 Malaysia.

OK KITA JUMPA DI SANA NANTI

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...