Saturday, March 16, 2013

MEMANG DAP PARTI 'RASIS' ~ KATA AHLI DAP


Hargai Kerajaan Yang Bangunkan Negara - Ahli DAP

KAJANG - Seorang ahli DAP hari ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini. Lee Chee Cheng (gambar atas) yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang. "Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini."Saya cintakan Malaysia. 

Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini. Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan. Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu. "Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya. Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP.

Kata IBM : Kenyataan ini dibuat oleh ahli DAP yang tidak puas hati dengan pemilihan Jawatankuasa kerja pusat (CEC) pada Disember lalu. Bukti bahawa DAP bukanlah parti yang adil.....! Tahniah kpd Lee Chee Cheng.....Tapi yang tok2 lebai (Pas) nie, yang mana yang tak guna yang itulah mereka bersahabat...!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...