KUALA TERENGGANU - Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen."Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang."Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya. Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu,
Datuk Rosol Wahid di sini hari ini. Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka."Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya.
IBM Kata : Dah jadi trend, bila pencen je depa-depa ni terus menghentam dan menentang dasar-dasar kerajaan. Semasa dalam jawatan, semuanya betul, semuanya cantik, semua wangi. Dasar jenis manusia cepat lupa dan tak tahu berterima kasih. Dah kena beli oleh pembangkang kot.? Sial je!!.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA