Saturday, March 16, 2013

8 DISYAKI LANUN SULU DITAHAN KETIKA NAIK BOT LAJU.....

8 Rakyat Asing Naik Bot Laju Ditahan Di Sg Bilis - Hamza

LAHAD DATU : Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dri Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, disini tengah malam Khamis. Peseruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza taib berkata, turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.

"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi. "Jika perlu, kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012," Katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata, sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat. Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Hamza berkata, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu, manakala kawasan di Kampung Tandus dan suingai Nyamuk telah dibersihkan. "kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas.

IBM Kata : Mereka-mereka ni jenis manusia yang tak takut mati. Elok beno dihapuskan mereka semua tu. Mereka masih lagi nak menceroboh, nak bantu kekawan depa le tu. Ini negara kita, apabila di ceroboh dan diserang, kita berhak mempertahankan diri dan menembak mati penceroboh-penceroboh tersebut. Tiada siapa yang boleh halang, dan tiada undang-undang dunia yang boleh mempertikaikan perbuatan kita itu. Mungkin Israel le kot yang akan pertikaikan kelak. Al-maklum le kawan baik Anwar....


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...