Saturday, March 16, 2013

JASA MU DIKENANG..AMIN!!!


Balu Allahyarham Azis Terima Sumbangan RM100,000


SEMPORNA - Kerajaan Sabah hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada keluarga Sjn Azis Sarikon, anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan militan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini pada 2 Mac lepas. Sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman kepada balu allahyarham, Siti Badorah Mahalil di kediamannya di Taman Pelangi, dekat sini. 

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Siti Badorah, 39, berkata wang berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya untuk kehidupan mereka sekeluarga, terutamanya dalam memberi kehidupan lebih baik kepada empat anaknya berumur antara tujuh dan 18 tahun."Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan dan bantuan yang diberi. Bantuan ini adalah untuk masa depan anak-anak saya," katanya. Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya Datuk Ramlee Marhaban dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.

Ramlee berkata sumbangan itu tanda keperihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.Allahyarham Abd Azis, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau merupakan seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di perkampungan air itu, dan berasal dari Batu Pahat, Johor. 

IBM Kata : Syukur alhamdulillah. Moga rohnya tenang di sana. Dan, terima kasih kepada kerajaan yang begitu prhatin kepada keluaraga allahyarham di atas sumbangan tersebut, kerana ranjau-ranjau hidup masih panjang bagi balu dan keluarga allahyarham. Terima kasih sekali lagi pada kerajaan Barisan Nasional (BN).

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...