PENYIASAT persendirian, P. Balasubramaniam sempat bercakap buat kali terakhir dengan Utusan Malaysia beberapa yang lepas sebelum meninggal dunia. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang itu. Sebelum itu, dia dikatakan mengalami sesak nafas ketika sedang makan di sebuah restoran berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor.
Menurutnya, sejak terjebak dalam kontroversi politik beliau seolah-olah hidup seperti pelarian di negara sendiri selain melalui penderitaan yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam wawancara itu, beliau meluahkan berasa ‘sangat letih’ menjadi alat politik pihak tertentu dan ingin berehat bersama keluarganya.
Tambahnya, beliau juga sudah tidak berminat berceramah kerana faktor kesihatannya yang tidak lagi mengizinkan. “Keluarga saya juga turut menjadi mangsa, kini tumpuan saya hanya untuk kesihatan dan keluarga saya. Itu lebih penting, cukuplah (berpolitik),” katanya. “Lagipun saya bukan orang politik, saya tidak minat berpolitik.
IBM Kata : Penat??.. tak apalah, janji masukkkkk. Agak-agak le pihak mana yang mendiang Bala ni maksudkan yang beliau dijadikan alat politik? IBM rasa IBM tahu, bagaimana dengan anda? Fikir-fikirkan.....
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA