Thursday, March 14, 2013

MUSA HITAM ADA HAJAT KE??

SEMACAM je kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ni buat kenyataan. Ini yang memeningkan kepala kita dibuatnya. Kenyataanya bahawa 'Negara Tidak Brankrap Jika Pakatan Rakyat Memerintah' seolah-olah beliau bercakap bagi pihak pembangkang. Ada apa-apa ke Tun?

Atau Anwar ada tawarkan Tun untuk bersama depa untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 nanti? Susah..memang susah nak buat kesimpulan kemana kah kiblat Tun Musa Hitam ini, walaupun beliau tidak lagi aktif di dalam politik. Tapi, jangan terkejut jika di saat akhir nanti beliau mengumumkan akan bangkit dan aktif kembali di dalam politik.

Dah tentu orang yang bertanggung jawap ke atas Tun Musa yang membuat 'come back' dalam arena politik, tak lain tak bukan si pengkhianat negara tu. Beliau memang terkenal dengan mulut manisnya, janji manisnya, tak hairan jika Tun Musa terpadaya. Betul tak? Apapun, kepada Tun Musa, jika adapun offer atau ura-ura yang si al-juburi tu nak mengajak Tun kembali ke arena politik, fikirlah masak-masak, fikirkanlah panjang. Jangan sampai terjerat dengan permainan kotor politik manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar ni amat bahaya. Tak salah jika di panggil 'haiwan politik', ganas dan penipu.

Apapun, IBM rasakan bahawa Tun Musa lebih arif kerana telah berkecimpung di arena politik begitu lama. Asam garam di dalam politik telah beliau rasakan. Dan kenyataan yang dibuat oleh beliau itu, katanya pandapat peribadi beliau. Tak apa, kita terima. Kalau korang nak lebih jelas lagi akan kenyataan Tun Musa Hitam, Klik DISINI. Korang fikirlah sendiri. Wasallam dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...