Sunday, March 3, 2013

PENDUDUK PUKUL PENCEROBOH HINGGA MATI

TERKINI! AntaraPos.com Melapurkan :

SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi. Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu. Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini. 

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi"."Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.Mengulas lanjut Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya. Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
P/S ~ Pujian harus diberi kepada penduduk di Kampung Senailang diatas keberanian mereka menumpaskan penceroboh yang bersenjata yang tidak diundang. Itulah semangat yang harus kita kekalkan di negara kita ini. Jesteru, mereka-mereka ini harus diberi pelindungan yang sewajar kerana IBM yakin penceroboh akan datang kembali menyerang untuk membalas dendam di atas rakan mereka.
Kepada pembangkang, terutamanya si barua Cina PKR tu, Tian Chua, adakah ini sendiwara dari UMNO lagi?....tapi, mesti ingat, akan terungkai cerita yang sebenarnya siapakah dalang di balik pencerobohan pejuangan-pejuang tentera Sulu di Lahad Datu ini. Penglibatan Ketua kamu, Anwar telah dihidu. Cuma tunggu masa dan ketikanya untuk meletop. Fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...