Tuesday, March 5, 2013

KUMPULAN BERSENJATA SULU DITEWASKAN SEPENUHNYA - SUMBER POLIS

KPN : Tiada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.



 Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ( kanan) pada sidang media di Lahad Datu


TEWAS AKHIRNYA!!

KAMPUNG TANDUO : Kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menambak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi tadi, kata sumber polis. Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata.

Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selesa, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang diturut menghadapi pertempuran itu. Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi tadi (Selasa) bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagia pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pematauan oleh pihak polis dan tentera. Pasukan keselamatan turut mengawal ketat di beberapa lokasi di mana mereka diancam oleh pengikut Sultan Sulu kononnya akan berlaku serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

IBM Kata : Syukur alhamdulillah, tiada kecederaan atau kematian di pihak kita. Tuhan merestui pengorbanan anggota polis dan tentera kita demi untuk menjaga keamanan negara kita, apatah lagi bila negara kita di cerobohi oleh musuh yang tidak diundang. Setelah selesai kelak, ada satu lagi misi yang harus di lakukan oleh kerajaan, iaitu pengkhianat bangsa, agama dan negara. Anda tahu siapa?.....fikir-fikirlah sendiri dan RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...