Saturday, March 9, 2013

KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN


BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA YANG DIBUAT OLEH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN SANGKAL KENYATAAN AWAL BAPANYA, AZLAN :
KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN :
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita megenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik mahkluk bernama Anwar Ibrahim.
2. Demi allah, Agama Bansa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara laukan. sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarkan-belitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "Pengkhianat Negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apa pun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan allah, kebenaraan, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpadaya dengan pemainan jijik Anwar Ibrahim.
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai pewira kita telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan kedaulatan negara kita.
Akan terus berdoa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
IBM Kata : Memang ini adalah satu taktik kotor yang pembangkang buat demi untuk menjaga maruah ketuanya. Anwar Ibrahim memang jijik dan terkutuk. 'U' turn yang dibuat oleh bapa Saiful ada motifnya dan bersebab. Tak payah IBM nak huraikan panjang lebar kerana Saiful dah terangkan seperti apa yang beliau tulis di atas. Faham-faham je lah...

~ JUSTICE FOR SAIFUL ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...