MAKLUMAT YANG SOHEH!!
LAHAD DATU - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir. "Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.
"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini. Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.
IBM Kata : Dah mesti ada dalang dari dalam yang merancang dan mengupah lanun-lanun Sulu ini untuk membuat hura-hura semasa PRU-13 berjalan. Terus terang IBM katakan, perlibatan pembangkang tidak dinafikan. Mereka yang beria-ia nak merampas dan menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang. Dan, mereka tahu melalui proses pilihanraya, mereka tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan. Jadi, mereka menggunakan kekerasan dengan mengupah lanun-lanun dari Sulu untuk menkucar-kacirkan negara ini.
Disamping itu, apabila berjaya, mereka (pembangang) akan menyerahkan Sabah kepada penceroboh-penceroboh/lanun-lanun Sulu, kerana itulah diantara perjanjian mereka sebelum mereka menyerang Lahad Datu. Bijak pembangkang ni. Tapi, sebijak manapun, akhirnya pergerakan mereka dapat dikesan. Insyallah, tak lama lagi penceroboh-penceroboh itu akan dapat di tumpaskan dan dihalau dari negara kita. Lepas itu, kerajaan mesti bertindak menjejaki dan menyiasat siapakah dikalangan orang tempatan yang menjadi dalang dan yang merancangkan semua ini.
Lebih cepat di siasat, lebih cepat mereka ditangkap, dan sumbatkan mereka ke dalam penjara. Memang bangsat mereka-mereka yang terlibat demi untuk kepentingan peribadi dan mengamalkan politik songsang. Mari kita hapuskan mereka-mereka ini ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
jommmm.....!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSalam yushere,
DeleteJommmmmmmm!!!