Saturday, March 16, 2013

SERAM SEJUK POK NICKY AJIS TENGOK INI.....

PM ~ BERI MANDAT PADA BN, BN AKAN LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KELANTAN

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-13 nanti kerana BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka. Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji unutk memajukan negara ini, termasuk tujuh projek yang diumumkan semasa lawatan beliau pada Januari lalu, akan ditunaikan BN.
"Janji Barisan Nasional adalah janji ditepati," katanya ketika berucap di hadapan lebih 45 ribu orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Krai. Datuk Seri Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata tindakan sedang diambil bagi melaksanakan tujuh projek itu termasuk pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai - Kota Bharu, yang bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk jajahan Kuala Krai, tetapi rakyat seluruh negeri ini.
Beliau berkata, kerajaan BN juga akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang membelenggu rakyat Kelantan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS menyelesaikannya walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah. Sambil membidas tindakan kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak, katanya kerajaan BN bersedia untuk memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang rata-rata 'dahagakan' hak untuk memiliki tanah. "Jangan beri tanah kepada pemimpin DAP, buat apa beri tanah kepada pemimpin DAP...rakyat Kelantan dahagakan tanah..pemimpin DAP dapat 10 ribu ekar tanah, rakyat Kelantan dapat apa? Kita akan beri tanah kepada rakyat Kelantan," katanya.
Perdana Menteri turut membidas pemimpoin pembangkang yng katanya hanya pandai menabur janji tetapi gagal untuk menunaikannya dan ini dapat dilihat berlaku bukan sahaja di Kelantan, tetapi di Selangor. Beliau berkata PAS yang sanggup melutut kepada pemimpin DAP, gagal melaksanakan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud yang dirancang selama ini. Pengerusi BN itu juga berkata, kerajaan BN bersedia untuk memajukan negeri ini dengan membawa masuk pelaburan besar supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk generasi muda.
Datuk Seri Najib mahu rakyat negeri ini menolak pemimpin PAS yang memperkecil pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dihulurkan kerajaan pusat kepada rakyat, dengan menyamakan pemberian itu umpama 'hampas kelapa, jerami dan padi' untuk haiwan. Perdana Mentteri yakin gelombang sokongan yang kini semakin besar kepada BN, menunjukkan rakyat sudah tidak sabar lagi untuk memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti untuk memerintah Kelantan.
IBM Kata : Tengok daripada gambar diatas dan jumlah yang hadir, IBM rasa Tok Guru Nicky Ajis, kecut perut kerana gelombang merah betul-betul menandakan rakyat mahu menukar kerajaan yang ada sekarang kepada BN. Jom Tukar!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...