Tuesday, March 12, 2013

ANWAR PASTI PENING BILA TERBACA ARTIKEL INI!!

 Yakin BN Akan Menang Dan Terus Menerajui Negara Pada PRU Ke-13 Ini


BN Mampu Menang Sekurang-kurangnya 160 

Kerusi Parlimen – Ahmad Maslan

JOHOR BAHARU Mac – Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertigaTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.
“Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP. “Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga,” katanya Beliau berkata demikian selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.
Pening ke nuar? Dalam keadaan sekarang ni bapak Penadol pun tak akan dapat mengubat pening ko tu...
Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang “Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.
“Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12),” katanya. Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan “cah keting” atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN. Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.
Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan. Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik. “Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.
SUMBER : UMNONLINE.COM
IBM KATA : IBM pun yakin penuh BN mampu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada kali ini. Pembangkang semakin lemah. Kenyataan (di atas) yang dibuat oleh Datuk Maslan sudah pasti membuat Pembangkang merasa cemas, terutamanya Anwar al-juburi. Menanah matanya bila dia baca artikel ini. Mampus le Pakatan Rakyat kali ini.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...