Wednesday, March 13, 2013

DAH PENCEN BOLEH LE CAKAP...BANGGANG!!

Ceroboh: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat perleceh ATM, PDRM


KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara. Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu.

Dengan begitu yakin, Ghafir berkata, jika beliau yang mengetuai Ops Daulat, pastinya operasi itu dapat diselesaikan dalam masa sehari. Beliau juga dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal. "Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal." Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar. - UTUSAN ONLINE

IBM Kata : IBM hairan kenapa semakin ramai bekas-bekas pegawai tertinggi dari ATM menyertai Pembangkang dan mengecam kerajaan tanpa segan-silu. Apakah semasa mereka bertugas dengan ATM, mereka di zalimi oleh kerajaan sehingga mereka sanggup membocorkan rahsia kerajaan kepada pembangkang.?? Memang manusia/melayu lekas lupa. Ingat kata siapa tu?...fikir-fikirkanlah dan jadi manusia yang tak tahu berterima kasih. Jangan jadi seperti bekas-bekas pegawai ATM ni. Boleh berceramah untuk pembangkang pulak tu. Sial punya olang!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. kalau dia yg mengetuai operasi namanya tersenarai yg pertama menjadi arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PESARA AWAL,

      Memang betul pun. Cakap besar. Mentang2 dah bersara. Hantar si bonggok ni ke Lahad Datu tengok, berani tak dia. Jgn apabila menyertai pembangkang buat statement yg bukan2....dulu semasa berkhidmat sapa yg bayar gaji?...dasar manusia tak sedar diri....

      Delete
  2. masa servis dulu dok belasah peruntukan atm,peringkat bawah dan jabatan yg merana,lepas pencen tak tahu nak buat apa hidup tak berkat maka sanggup jd pengkhianat masuk pembankang,kalu dia bagus sangat dlm atm mana jasa dia yg bley kite lihat hr ni,manakala startegi yg dia cakap tu dah lama pihak atm laksanakan so kenapa tak berlaku hr nie?dia wat per masa dia dok dlm atm?main ayam ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. wran rangga,

      Biasa le tu bro. Manusia yg tak tahu mengenang budi. Cakap kat luar boleh le. Cubs kalau dia masih lagi dlm perhidmatan, rasa2 dia yg lari dulu.....inilah pengkhianat bangsa dan musuh dlm selimut...bahaya..bahaya dia ni....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...