Nyanyian Anwar cetus tanda tanya ??
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagi tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut 'Sabah bakal hilang'. Jelas Anwar, apabila Sabah hilang UMNO selaku parti teras dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. "Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu. Pada 1 Mac lalu, portal berita Filipina, Inquirer News yang memetik sumber perisikan negara itu melaporkan terdapat tiga kumpulan menjadi dalang kepada pencerobohan berdarah tersebut yang membunuh lapan anggota keselamatan negara. Malah, laporan itu secara terbuka mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang di negara ini selepas mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya mengadakan pertemuan dengan pengganas Sulu bagi menawarkan sokongan.
Sebelum itu, pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
IBM Kata : Amboi..amboi..amboi, seronok bebeno si nuar tu menyanyi 'tanya sama pokok'...dan 'tanya sama Najib'. Apa di ingat dia dah menang besar ke di PRU ke-13 ni, dan dia dah tahu ke 'Sabah nak hilang'? Jangan cepat melatah nuar, jangan terlalu cepat ko nak raikan kejayaan yang belum tentu ko kecapi. nanti ko pulak yang menangis dan menyanyi di Sungai Buloh. KO mesti ingat, isu Lahad Datu ni belum selesai lagi..bayang-bayang penglibatan ko dah ada bukti, siap ko nanti.
Dan...nanti ada orang yang akan nyanyi kat ko pulak. Mungkin begini bunyinya lagu tu, "Mintak tolong Najib keluarkan aku dari Sungai Buloh," Jawap Sungai Buloh, "Tunggu sampai kamu (Anwar) mampus dalam penjara". Hehehehe...lebih kurang begitu le. Joke of the day ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA