Monday, March 18, 2013

KIRAM III ARAH TENTERANYA LANCAR SERANGAN GERILA. GENCATAN SENJATA DITARIK BALIK!!


SULTAN SULU TARIK BALIK GENCATAN SENJATA, ARAH TENTERA LANCAR SERANGAN GERILA DI SABAH

Terkini Di Lahad Datu : Kononnya Sultan Sulu, Sultan, Jamalul III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan 'gerila' terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Begitulah menurut laporan media yang mana Kiram berkata, mereka bukan pengecut dan meninggalkan Sabah bukanlah satu pilihan tentera-tenteranya. Ini bererti, Kiram dan tentera-tenteranya tidak akan menyerah kalah.


Menurut sumber lagi, dari 'The Philippine Star' mereka sudah di tanah air mereka, jadi mengapa harus mereka kembali ke Filipina? Pemberita Filipina menemu ramah di kediamannya di Taguig, Filipina. Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Kikirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata, tenteranya meneruskan perjuangan mereka walaupun sampai titisan darah yang terakhir.
Katanya lagi, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah 'Gencatan Senjata' yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara 'Serang dan Lari' terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan, Kiram berkata, adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dn pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa, Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu lalu. Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

IBM Kata : Kalau setakat serang dan lari, apa barang. Kalau berani berdepanlah dengan tentera-tentera kami yang berani mati. Lagi pun, bila masa pulak kerajaan Malaysia menerima 'gencatan senjata'? arahan dari Perdana Menteri, terus gempur dan usir penceroboh-pencroboh tersebut dari bumi Sabah. Kepada Jamalul III, jangan le nak berangan nak ambik Sabah balik dari Malaysia. Langkah mayat kami rakyat-rakyat Malaysia dulu. Kenapa tak lantik Anwar Al-juburi jadi penasihat bagimana nak serang hendap tentera-tentera kami. Anwar kan pakar buat serang hendap dari belakang dan suka main belakang?....kah..kah...kah...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...