SEMPORNA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.
Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
Tapi, bagaimana pula dengan penceroboh dan dalang tempatan di sebalik insiden berdarah ini? Adakah mereka-mereka yang terlibat ini kita biarkan berluas-luasa seolah-olah negara kita tidak mempunyai undang-undng? Inilah akibatnya bila akta ISA dimansuhkan. Pembangkang menganggap bahawa mereka telah berjaya didalam misi mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Oh tidak!, korang belum berjaya. Kita tunggu dan lihat dimasa terdekat ini nama siapa yang akan naik dan sendiwara siapakah ini yang sebenarnya. Tungguuuuuuuuu!. Dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA