Friday, March 1, 2013

FITNAH...... BEKAS KPN NAIK ANGIN KERANA DIFITNAH..

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti jika benar beliau sudah menyertai Pas. "Minta dia (Mat Sabu) tunjukkan borang keahlian yang sudah saya tandatangani jika benar saya sudah masuk Pas," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Mohamad Sabu yang beliau sudahpun mengisi borang menyertai Pas. Menurut Musa, dakwaan Mohamad Sabu itu tidak benar kerana beliau tidak pernah mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

Malah, beliau langsung tidak berminat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Mana ada saya masuk Pas... saya tidak masuk mana-mana parti politik. Bagaimana saya boleh masuk Pas jika saya sendiri tidak pernah menandatangani borang untuk menyertai parti tersebut," katanya. Menurut Musa, pemimpin politik seperti Mohamad Sabu mungkin mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai terutama di kalangan anggota polis supaya menyokong partinya setelah melihat beliau kerap menegur PDRM. "Jika saya memberi teguran kepada PDRM bukan bermakna saya bencikan pasukan keselamatan itu dan kerajaan.

"Saya menegur kerana sayangkan PDRM dan berharap teguran yang diberi dapat membaiki mutu perkhidmatan serta membawa kebaikan kepada pasukan tersebut," jelasnya. Tegasnya, pemimpin politik tidak wajar mengambil kesempatan di sebalik teguran tersebut untuk kepentingan parti masing-masing kerana beliau sendiri tidak pernah berminat mahu melibatkan diri dalam politik.

Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Bachok, Kelantan malam tadi menyeru anggota polis dan tentera menyertai pakatan pembangkang memandangkan bekas-bekas ketua mereka telah berbuat demikian termasuk Musa yang didakwanya sudah mengisi borang menyertai Pas. "Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sudahpun mengisi borang menyertai Pas, kalau orang besar sudah masuk Pas, anggota-anggota yang biasa-biasa ini tunggu apa lagi," katanya dalam ceramah perdana yang dihadiri kira-kira 500 orang sahaja.

P/S ~ Fitnah tu kan dah jadi darah daging pemimpin-pemimpin PAShit. Apa nak dihairankan lagi. IBM nak cadangankan pada Tan Sri Musa, saman je Mat Sabun tu, tunggu apa lagi. Kalau dibiarkan naik tocang pencacai-pencacai Pas ni. Jangan tuggu lama-lama Tan Sri, nanti sejok bak nasi, basi pulak nanti. ~ IBM

~ PAS IS DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. MUSIM PILIHANRAYA NI, MAT SABU MAKIN HEBAT SAKAU DOSA2 YG TERHIMPUN DARI MULUTNYA. TERDAYA KE NK TANGGUNG MAT SABU HOI!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin,

      Apa nk dihairankan. Fitnah tu kan dah jadi darah daging depa....biak pi le depa ni buat byk2 dosa...entah berapa le dosa Mat Sabu ni ye?...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...