Monday, June 30, 2014

SAM KETOT NAK HALANG JIKA CABANG PKR KUALA SELANGOR DIADAKAN SEMUA. AMBOI! HANDALNYA DIA!

ISNIN, 30 JUNE 2014
GADUH jangan tak gaduh. Nampaknya pemilihan PKR tahun ini terus bercelaru dan ini akan membuat parti kelentung rakyat ini di ambang perpecahaan. Tongkang PKR akan pecah bila-bila masa sahaja. Antarapos mencungkil kemelut pemilihan di Cabang PKR Kuala Selangor yang mana tewasnya Menteri Besar Selangor, Khalid gagap di tangan musuh tradisinya Manikanvasagam@Mike. Maka, Khalid merasakan ada unsur sabatoj yang menyebabkan kekalahan beliau di sana dan beliau meminta agar pemiloihan diubuat sekali lagi. Tapi, permintaan Khalid itu di tentang oleh banyak pihak dalam PKR, termasuk AMK nya yang diketuai oleh Shamsul Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Sam Ketot. Antarapos mempunyai butirannya di bawah ini : 

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) akan menghalang sebarang usaha mengadakan pemilihan semula sekali lagi di Cabang PKR Kuala Selangor, tegas ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin. Beliau berkata, ini kerana penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menerima hakikat kekalahan pemimpin itu dan soal menang atau kalah adalah adat pertandingan. Saya tentunya akan menjadi seorang pemimpin yang tegas menghalang perkara ini daripada berlaku kerana pada saya, saya juga ada masalah berhadapan dengan tempat-tempat yang saya menang dengan undi banyak tetapi terpaksa dibuat semula. Apakah kita akur? Kita akur kerana kita memberikan kuasa kepada JPP untuk menunjukkan bahawa kita sebagai kepimpinan parti tidak campur alam urusan atau keputusan JPP dan itu menunjukkan kita maintain independence of this situation, katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos di sini hari ini. Hari ini Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin memberitahu Antarapos bahawa pihaknya bersedia menyahut cabaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Azman berkata pihaknya mahu JPP membuat pemilihan semula Cabang itu dan bukan pengiraan semula undi. Kita nak pemilihan semula, kita tak nak kiraan semula kerana kiraan semula ini dia boleh setempat, apa yang kita nak buat kita nak desak untuk pemilihan Cabang balik, kata Azman ketika dihubungi Antarapos.  Dalam pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor, Khalid gagal mempertahankan jawatan ketua cabang selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam. Kekalahan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kedudukan beliau sebagai menteri besar dan sebagai calon timbalan presiden parti. Khalid hanya memperolehi 515 undi berbanding Manikavasagam atau Mike yang mendapat 701 undi pada pemilihan yang diadakan Ahad lalu. Keputusan rasmi pemilihan itu dimaklumkan pada Rabu lalu. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, JPP sudah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengendalikan pemilihan berkenaan.

Saya ingin tegaskan bahawa JPP telah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Apakah tidak ada beberapa masalah? Wujud masalah, dan apakah tidak diperbetulkan? Diperbetulkan sebab itu ada pemilihan semula. Apakah setpol MB mahu adakan sampai 10 kali pemilihan? Apa akan berlaku kepada integriti JPP kalau nak dilakukan sampai 10 kali pemilihan? soalnya. Beliau meminta semua pihak menerima setiap keputusan yang telah dibuat akar umbi dalam pemilihan kali ini serta menganggap kalah menang sebagai sebahagian rencah politik. Saya minta pihak-pihak yang kalah terima seadanya dan ini mandat. Kalau kalah hidup mesti diteruskan dan kalau itu berlaku itu sebahagian dari rencah dan cabaran politik dan tak perlu diulangi sampai beberapa kali, sampai apa? Sampai Tan Sri Khalid menang? ujarnya. Kalau itu jawapannya, maka saya fikir kita harus melihat apa kefahaman reformasi yang ada dalam diri betapa kita memahami makna reformasi," tambahnya.  

Persoalannya, jika rayuan Khalid gagap diterima, adakah si Sam ketot ni berani nak tahan dan ada telo ke Sam ni? Takut nanti kena di sergah oleh penyokong-penyokong Khalid gagap terkencing lagi dalam seluar macam dalam gambar tu (gambar atas kanan). Hehehehehe. Seronok betui tengok PKR ni berserabut. Parti membela rakyat ke ni? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

RAFIZI MAHU SERANG PROGRAM KERAJAAN? HEBAT SANGAT KE DIA NI?

ISNIN, 30 JUNE 2014
JARINGAN Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempunyai perancangan untuk ‘menyerang’ beberapa program yang bakal dilaksanakan kerajaan. Pengarahnya, Azwanddin Hamzah (gambar bawah) berkata, Rafizi berbuat demikian untuk mengalih perhatian rakyat daripada kemelut pemilihan parti dan perbalahan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berikut adalah kenyataan beliau:
* Pihak JMM pun ada terima maklumat bahawa Rafizi dikatakan terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang program yang dilaksanakan kerajaan bagi mengalih perhatian rakyat daripada kemelut yang dihadapi dalam proses pemilihan parti serta perbalahan di antara Khalid dan Azmin.

* Imej PKR merudum apabila berlaku pergaduhan dan penipuan semasa pemilihan parti melibatkan hampir semua cabang di seluruh negara. Perbalahan di antara Abdul Khalid dan Azmin dikatakan punca berlaku huru-hara dalam pemilihan PKR.

* Ramai ahli PKR di seluruh negara berkata punca Abdul Khalid bertindak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Mastermind bagi PRK Kajang adalah Rafizi. Ramai ahli PKR menyalahkan Rafizi dalam perkara ini. Maka sekarang Rafizi dikatakan terdesak untuk menyelamatkan tengkuknya.

Persoalanya, hebat sangat ke si Pengarah Strategi PKR ni hingga nak menyerang program kerajaan? Siapa dia ni? Selama ini apakah kejayaan si barua ni dah buat untuk PKR dan strategi manakah yang menjadi untuk mengulingkan kerajaan BN. Strategi ko tak pernah yang menjadi, malah sentiasa gagal dan gagal. Huhuhu..berangan le ko Rafizi. Wasallam ~ IBM

PERAGUT DIBELASAH ORANG RAMAI MERAYU AGAR DI HANTAR KE BALAI POLIS!

ISNIN, 30 JUNE 2014

HEBOH semalam di Facebook apabila sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial. Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita. Kedengaran di dalam video tersebut bertanyakan berapa umur si peragut itu dan dah berapa lama dia dah buat kerja yang mengarut ini?. Suara-suara tersebut yang didengar dalam video itu adalah yang membelasah teruk si peragut . Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

AWAS! JENAYAH ADA DIMANA-MANA.

Dikatakan juga, lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang sambil menunjuk kepada mangsa wanita yang dicederakan. "Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu. Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.  "Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali. Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. Bagi IBM, elok benar diperlakukan seperti itu. Ajar siperagut ni yang tak berperi kemanusian. Ambik ko!!. Wasallam ~ IBM

Sunday, June 29, 2014

PEREBUTAN JAWATAN MB SELANGOR SUDAH BERMULA. PAS SUDAH ADA CALON WALAUPUN MENAFIKANNYA!

AHAD, 29 JUNE 2014
ANGIN sudah bertuip kencang bahawa jawatan Menteri Besar Selangor sedang hangat di perbahaskan. Sana-sini di Selangor, malah di seluruh negara bercerita akan kedudukan Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid Ibrahim yang akan dsingkirkan dari jawatanya. Maka, rakan-rakan dalam Pakatan sudah beria-ia mempunyai calon mereka. Contohnya PAS. Kononnya mereka sudah ada calon untuk mengantikan Khalid gagap seperti yang tetera di bawah sini walaupun PAS menafikannya. Biasa le tu. Siapa tak kenal PAS. Parti ajaran sesat yang tidak akan mengaku sekali pun mereka buat silap. Dah sampai masanya, PAS menuntut hak mereka kerana bilangan kerusi di DUN Selangor memihak kepada PAS berbanding dengan PKR dan DAP. Apapun, tunggu dan lihat nanti :

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi (gambar kanan) menolak dakwaan pihak tertentu kononnya nama beliau disebut-sebut akan dikemukakan oleh PAS dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk jawatan menteri besar. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu berkata, perkara tersebut belum lagi dibincangkan dalam PAS. Tak ada, kita tak ada bincangkan lagi, katanya ringkas kepada Antarapos. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan parti itu berhak membuat keputusan dalam menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar. Dalam satu kenyataan, beliau berkata PAS Selangor tidak akan tunduk terhadap sebarang ketetapan PKR semata-mata, kerana masih mempunyai hak untuk bersuara sebagai parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR).
 
Namun lewat petang semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pakatan pembangkang bahawa kedudukan Menteri Besar Selangor bukan hak mutlak individu, tetapi ia adalah bersandarkan keputusan bersama PR. Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.  Saya dengan tegasnya menyatakan bahawa semua Ahli Dewan dan pemimpin-pemimpin parti mesti menghormati peraturan mengenai isu ini. Kedudukan Menteri Besar bukan agenda, juga bukan hak mutlak sesiapa pun, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat bersama-sama antara PKR dan PR, dengan persetujuan Sultan," kata Anwar.
 
Akhbar hari ini melaporkan PAS Selangor dijangka menuntut jawatan tersebut berikutan Khalid yang ditolak oleh PKR menerusi inisiatif Langkah Kajang turut tidak diterima lagi oleh PAS dan DAP. Laporan itu menyatakan, keadaan itu mungkin berlaku berikutan PAS mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan menteri besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN. Malah, sumber terbabit turut difahamkan Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.
 
Akhbar itu memetik sumber berkenaan, Dr. Ahmad Yunus adalah calon yang sesuai mengisi jawatan menteri besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Exco penting. Selain itu, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan memegang jawatan berkenaan oleh PAS. Persoalannya, PAS ada telo ke nak tuntut jawatan Menteri Besar tu? Dan PAS tak takut di sergah oleh DAPig ke? Al-juburi Nuar Brahim pun akan turut bersama DAP. No MB post to PAS. Hehehehe. Wasallam ~ IBM

KRISIS AIR SELANGOR : TONY PUAKA SURUH KHALID GAGAP JANGAN SALAHKAN SYABAS. SALAHKAN DIRI SENDIRI!

AHAD, 29 JUNE 2014
TALI HAYAT KHALID SEBAGAI MENTERI BESAR SUDAH BERAKHIR. ARIOS!


TEKANAN demi tekanan sedang di hadapi oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang disifatkan pemimpin yang ego, suka membuat keputusan sendiri oleh rakan-rakan kongsinya di dalam Pakatan Rakyat. Maka, desakkan untuk beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor terus kedengaran malah ianya menjadi satu agenda baru di dalam Pakatan. Seperti yang IBM tulis sebelum ini, tali hayat Khalid sudah berakhir, kini hanya menunggu saat dan ketika untuk beliau di gulingkan. Terkini, isu 'krisis air' di Selangor kembali di persoalkan. Perkara tersebut di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) dari DAPig seperti yang dilaporkan di bawah ini. Ini membuktikan Pakatan Rakyat terus bergolak. Jom baca, jangan tak baca :
KERAJAAN Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan penyayang perlu melakukan lebih daripada sekadar 'menyalahkan Syabas' berhubung krisis air, menurut Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Selain mengatur satu pengajaran untuk beliau mengenai apa yang kerajaan negeri telah lakukan dan 'mengapa Syabas perlu disalahkan', beliau berkata barangkali mungkin lebih penting bagi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai kerajaan negeri pergi membuat lawatan ke rumah-rumah keluarga yang perlu beratur dengan baldi bagi mengambil air dari tangki bekalan. Saya pasti penduduk-penduduk ini sangat berminat mendengar tentang perkara itu, kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad, membidas Menteri Besar buat kali kedua pada minggu ini. Beliau berkata Abdul Khalid mungkin betul dalam menuding jari kepada Syabas untuk isu-isu air, tetapi ia tidak menjelaskan mengapa kerajaan negeri begitu cepat memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang gangguan air yang akan berlaku.
Beberapa penduduk mungkin tertanya-tanya tentang mengapa kerajaan negeri begitu cepat menawarkan jaminan apabila kerajaan amat sedar bahawa Syabas enggan bekerjasama atau menghadiri mesyuarat negeri yang dianjurkan, katanya. Beliau menambah, jika kerajaan negeri tidak dapat memenuhi janji-janjinya, ia harus melakukan sesuatu untuk menyediakan bantuan segera kepada mereka yang terjejas oleh isu air. Patutkah kami tidak mempunyai simpati dan meletakkannya sebagai 'Pelan B' apabila mangsa menderita akibat gangguan air yang lama? Sudah pasti, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin perlu melakukan lebih daripada hanya menyalahkan Syabas  walaupun mereka memang pihak yang sah untuk dipersalahkan, katanya. Beliau juga menyokong penuh cadangan MP Serdang Ong Kian Ming untuk menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada Menteri Besar, wakil utama yang dipilih dan pegawai kerajaan negeri untuk mengenalpasti dan mengkaji penyelesaian masalah bagi isu air.

Jawatankuasa ini bukan sahaja akan memberikan pihak berkuasa negeri peluang untuk mengajar wakil-wakil yang dipilih yang jahil tentang isu ini, tetapi juga membenarkan ahli dewan tempatan untuk berkongsi dengan pemimpin-pemimpin atasan negeri tentang masalah dan sakit yang dirasai oleh masyarakat supaya penyelesaian, terutamanya dalam jangka masa pendek, boleh diperolehi, kata Pua, membidas Khalid yang sebelum ini berkata beliau perlu belajar lebih lanjut mengenai isu air sebelum bertindak memberikan kritikan. Sementara menunggu kerajaan negeri mengambil alih Syabas, kita tidak boleh hanya duduk dan membiarkan Syabas memberikan perkhidmatan sehingga menjadi satu penghinaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, kata Pua. 

Kepada rakyat Selangor amnnya, setelah bermacam-macam musibah berlaku semasa Pakatan memerintah Selangor, dan nampaknya banyak lagi bala yang akan menimpa nasib rakyat Selangor, masihkah menyokong Pakatan pada PRU ke-14 nanti? Demi untuk kebaikan semua, fikir-fikirkan, renung-renungkan, jangan terikut-ikut cakap orang. Pilihan di tangan anda semua. Pilihlah parti yang betul-betul prihatin, berjiwa murni dan mesra rakyat dengan slogan "rakyat di dahulukan, pencapian diutamankan". Insyallah. Wasallam ~ IBM

Saturday, June 28, 2014

ANWAR KATA JAWATAN MB SELANGOR BUKAN MILIK PERIBADI. TAPI..DALAM HATINYA, DIA PUN NAK JAWATAN MB TU. SIAPA TAK KENAL ANWAR!!

SABTU, 28 JUNE 2014
ALA, siapa tak kenal dengan si Nuar ni. Cakap tak serupa bikin. Lain di mulut lain di hati. Putar belit mesti ada di jiwanya. Hari ini, diberitakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor, dengan menegaskan ia bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pemimpin. Ketua pembangkang itu berkata keputusan untuk melantik Menteri Besar dibuat oleh PKR dan Pakatan Rakyat dengan mendapat perkenan daripada Sultan. Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. 

Anwar menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusilab berkaitan isu ini, katanya dalam satu kenyataan.  Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama dengan mendapat perkenan Sultan, katanya. Yolah tu Nuar. Tapi, jauh di sudut hati ko tu memang ko teringin sangat nak jadi MB Selangor setelah jawatan Perdana Menteri yang ko idam-idamkan itu mustahil untuk ko capai. MB pun MB lah. Tapi, bagaimana si Nuar ni nak jadi MB Selangor??. Dia bukannya ADUN mana-mana kawasan di Selangor ni.

Atau mungkinkah Anwar akan memaksa mana-mana ADUN di Selangor ini meletakkan jawatan bagi membolehkan satu lagi PRK akan berlaku seperti mana Anwar memaksa ADUN Kajang melepaskan jawatan dan beliau akan bertanding. Tapi...sayang seribu kali sayang tuhan tidak izinkan. Niat Anwar tidak kesampian. Kini, Anwar sedang mencari helah sekali lagi. Kita tungguuuuu!. Akal sang dajjal ini sedang berjalan bagi memenuhi cita-cita beliau yang tamakkan jawatan. Berjayakah Anwar dengan langkahnya kali ini? Hanya tuhan yang tahu. Wallah wa'alam. Wasallam ~ IBM

KHALID TIDAK PUAS HATI. MAHU KERTAS UNDI CABANG KUALA SELANGOR DIKIRA SEMULA. ISSS..ISSS..ROJAK, ROJAK PKR NI!

SABTU, 28 JUNE 2014
SEPERTI yang IBM tulis sebelum ini tentang pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang mana kemenangan berpihak kepada Manikavasagam@Mike yang menumpaskan Khalid gagap yang juga Menteri Besar Selangor. Jestru, Khalid dan kuncu-kuncunya tidak puas hati dan meminta agar pengiraan undi dibuat sekali lagi. Ini gara-gara 'blackout' berlaku semasa pengiraan undi sedang berjalan. Maka, tuduh-menuduh berlaku apabila pihak yang kalah menyatakan ada unsur sabatoj yang menyebabkan beliau kalah. Pertikaian dan rasa tidak puas hati dari pihak Khalid terus kedengaran. IBM malas nak huraikan panjang-panjang, korang baca je lah di bawah ini :

PENGIRAAN undi untuk Cabang Kuala Selangor perlu dibuat semula untuk memastikan kesahihannya, ujar bekas penyandang ketua Cabang itu, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ya, hal itu (pengiraan semula undi) atas permintaan. Mereka nak lihat borang-borang tersebut supaya ada kesahihan, ujarnya selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah. Khalid berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Setiausaha Politiknya, Azman Abidin bahawa wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang berkenaan yang menyaksikan S. Manikavasagam menang jawatan itu. Azman mendakwa ketika pengiraan undi dibuat, ibupejabat PKR (tempat mengira undi) tiba-tiba terputus bekalan elektrik dan ketika itulah berlaku apa yang didakwanya sebagai sabotaj.
 
Tuduhan Azman itu bagaimanapun disanggah Manikavasagam. Bekas ahli Parlimen Kapar itu kemudiannya mencabar Azman dan Khalid mengira sendiri kertas undi itu jika benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Manikavasagam yang lebih dikenali dengan nama Mike itu turut membidas Azman kerana membuat kenyataan melulu walhal beliau tiada di tempat mengira undi pada hari kejadian. Sepatutnya Azman ini turun sendiri lihat, jangan hanya duduk sahaja dan beri bagi kenyataan seperti ini. Mana ada muka dia? (Azman tiada di tempat kejadian). Saya tidak tengok dia pada hari kejadian. Kalau nak kira semula kira sepuluh kali pun saya sedia. Panggil Azman dan Tan Sri Khalid kira (undi) pun tidak mengapa. Saya tidak takut, katanya ketika dihubungi Antarapos, semalam. 
 
Mike yang pernah digantung keahliannya oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menegaskan ketika kejadian itu berlaku, kiraan undi untuk Ketua Cabang itu belum pun bermula. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang medianya semalam menafikan dakwaan Azman dan memaklumkan bukan hanya ibupejabat PKR mengalami bekalan elektrik terputus, tetapi seluruh bangunan Merchant Square dan kawasan perumahan sekitarnya.
 
Pada pemilihan itu, kesemua pasukan Mike di peringkat Cabang memenangi saingan masing-masing termasuk David Selvam (Timbalan Ketua), Azhar Jamil (Naib Ketua), D. Thalapathi (Ketua Pemuda), Azril Idris (Timbalan Ketua Pemuda), V. Bobonath (Naib Ketua Pemuda), Latifah Sulaiman (Timbalan Ketua Wanita) dan K. Punithavathy (Naib Ketua Wanita). Geng Khalid gagap tumpas dan bermualah episod untuk menyingkir Khalid gagap dari jawatan Menteri Besar. Itulah kisahnya Parti Kelentung Rakyat (PKR) dulu, kini dan selama-lamanya akan tyerus bergolak. Wasallam ~ IBM

KALAH KETUA CABANG/TIMBALAN PRESIDEN PKR, NAMUN KHALID GAGAP TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI MB. DIA NAK PEGANG SAMPAI PKR MAMPUS!

SABTU, 28 JUNE 2014

PELIK betui permainan politik dalam parti PKR ni. Dalam kekalahan  pun ada pulak istilah kemenangan. Ini yang berlaku di dalam pemilihan PKR yang sedang hangat di perkatakan yang mana pemilihan parti PKR terus kecoh dan kecoh. Maka, berlakulah cabar-mencabar yang mana calon yang kalah di sarankan letak jawatan. Tapi, itu tidak berlaku di dalam PKR kerana yang kalah berhak kekal dan terus menerajui negeri. IBM harap korang faham apa yang IBM cuba terangkan di sini. Kalau korang tak faham, biar dibawah ini menceritakan segala-galanya :

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR. Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut. Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar". Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai Menteri Besar.


Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu. Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa". 


Kerjaya atau tidak, saya akan meneruskan usaha saya sehingga tanggungjawab saya sebagai ADUN, Menteri Besar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak berakhir, katanya. Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa beliau akan berusaha untuk menyelesaikan dakwaan "kecacatan" dalam pemilihan PKR Kuala Selangor di mana beliau tewas. Begitulah cetek dan bodohnya politik yang sedang berlaku di dalam PKR. kalau macam inilah kesudahannya, macamana nak memerintah negara? Janganlah jadi Parti Kelentung Rakyat (PKR)....kesian rakyat Selangor menderita dan tertekan kerana korang. PRU ke14 nanti, korang tarik dirilah. Bagi balik negeri Selangor ini pada Barisan Nasioan (BN). Wasallam ~ IBM

KEPALA LEMBU HADIAH BUAT RAYER KERANA KECELUPURAN MULUTNYA. NAH AMBIK KO!!

SABTU, 28 JUNE 2014
DIKHABARKAN Rayer si keling yang celupar tu kecut perut bila menerima hadiah Kepala lembu yang berlumuran darah dan disiat kulitnya ditemui di hadapan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer di Green Lane di sini pagi tadi. Menurut sumber, perkara itu disedari Rayer ketika dia keluar rumah untuk ke kuil kira-kira pukul 7 pagi. Dik kerana panik, maka si celaka Rayer tu tak ada pilihan terus melaporkan kepada portal penfitah tersohor negara, The Malaysian Insider. Kata Rayer, beliau menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan enggan mengulas sama ada kejadian tersebut berkait dengan tindakannya melabelkan UMNO celaka sebelum ini.
 
Oleh kerana nak selamatkan diri dari serangan ahli-ahli UMNO, beliau kononnya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama beliau hadapi sejak kejadian itu. Sekarang lu tahu siapa lu. Katanya lagi, beliau akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Sisten Komisioner Mior Farid Alathrash mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan sepasukan anggota dihantar ke rumah Rayer kira-kira pukul 7.30 pagi ini untuk menjalankan siasatan.

Itulah, lain kali jangan cari pasal. Makan boleh sebarang makan, tapi, cakap jangan sebarangan. Kesabaran orang-orang Melayu ada hadnya. Itu nasib baik kepala lembu. Bagaimana kalau di hantar 'parang terbang' ke rumah Rayer? Tak kecut babi si Rayer tu. Kepada Rayer, elok cepat-cepat cari jalan penyelesian. Jangan sampai nasi dah jadi bubur. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Bangsa Melayu tak pernah cari pasal dengan bangsa lain, tapi jangan kami (Melayu) di hina dan di perbodohkan, buruk padahnya. Harap maklum. Wasallam ~ IBM

PROTON MEMANG POPULAR SI SELURUH DUNIA SEHINGGA DIJADIKAN SEBAGAI BOM KERETA DI SYRIA!!

SABTU, 28 JUNE 2014
PENGUNAAN kereta Proton sebagai 'bom kereta' yang berlaku di Syria yang digunakan oleh kumpulan Militan seolah-olah ada pihak yang sengaja nak memburuk-burukan nama kereta Proton  dan ianya seperti satu sabotaj terhadap kereta National kita. Maka, diharap kerajaan dapat berbuat sesuatu dan siasat siapakah dalang di sebalik kejadian yang mungkin menjejas dan memburukkan nama Malaysia. Siasat jangan tak siasat. 

SEBUAH kereta Proton digunakan sebagai bom kereta seperti yang dipaparkan dalam rakaman video di Syria. Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube KLIK (http://www.youtube.com/watch?v=xf-i9vn68-o) dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut. IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan. Lelaki di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku. Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011. 


Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria sejak tahun 2001. Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton,jelas satu sumber. Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga. Anak haram jadah mana lah yang punya angkara ni. Dah tentu ada master mindnya. Siasat, jangan tak siasat dan hapuskan militan tak kiranya jika si bangsat Militan itu dari rakyat Malaysia. Wasallam ~ IBM

Friday, June 27, 2014

LAGI....LAGI KES KURUNG OKU DIDEDAHKAN. 10 TAHUN DISEMBUNYI BAWAH RUMAH.

JUMAAT, 27 JUNE 2014
LAGI kes penderaan OKU didedahkan. Kali ini berlaku di tumpat, Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang juga lebih di kenali  dengan 'serambi Mekah'. Kali ini seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi. Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit. 

Amat menyedihkan apabila wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan. Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ, katanya. Ya Allah! kenapalah manusia kini semakin kejam. Sudah hilang kasih-sayang terhadap semas insan, apatah lagi umpunya pertalian saudara. Mana silapnya tuan/puan semua? Adakah ini pertanda dunia akan kiamat? Fikir-fikirkan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

ORANG TUA SEKO NI ASYIK MELALAK DALAM M'SIA INSIDER. APA DIA NAK?

JUMAAT, 27 JUNE 2014
IBM hairan dengan sikap sesetengah pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai tertinggi yang pernah  berkhdimat dengan kerajaan dan yang sewaktu dengannya. Apabila mereka bersara atau kontrak mereka tidak di perbaharui, mereka-mereka ini seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit'. Mereka lupa akan kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi semasa mereka menjawat jawatan terpenting di dalam kerajaan dan sebagainya. Apabila merasa tidak puas hati, mereka akan mencari silap kerajaan dan akan meluahkan perasaan ketidak puasan hati merek kepada portal pembangkang dan membuat cerita yang bukan-bukan bagi memburuk-burukan kerajaan.

Contohnya, hari ini, bekas pengarang NSTP group, Datuk A. Kadir Jasin, seolah-olah sengaja mencari silap dan memberi komen yang agak keterlalun akan perlantikkan beberapa anggota baru kabinet yang di sertai oleh wakil dari MCA dan Gerakan. Dari komen beliau seolah-olah DS Najib tidak betul dan tidak bersungguh bagi menguatkan kabinet beliau dan bukan hanya setakat mengisi kota yang telah kosong. Komen si tua bangka boleh di layari dalam lama portal Malaysian Insider versi melayu. Memanglah Portal tersebut suka mempamirkan berita-berita seperti itu. Baca jangan tak baca. Wasallam ~ IBM

BLACKOUT SEMASA PEMILIHAN PKR : JPP PKR BERI PENJELASAN. SALAH UMNO/BN JUGA KE?

JUMAAT, 27 JUNE 2014
BILA kena kat batang hidung depa, cepat-cepat depa cover lubang/story. Cuba kalau semasa PRU/PRK dah tentu depa kata ini adalah mainan dari SPR/BN. Inilah cara PKR berpolitik. Selalu mencari salah orang, tapi bila diri sendiri buat silap dan bermasalah, depa akan bagi berbagai-bagai alasan. Berbalik pada insiden 'blackout' semasa pemilihan PKR pada hari Rabu lepas. Nasib baik pengerusi tolol JPP ni beri alasan yang munasabah dan boleh di terima pakai. Apa kata kalau beliau menyalahkan TNB dan menuduh TNB sabotaj diatas arahan kerajaan BN? Mungkin...mungkin ini boleh terjadi kerana PKR ni memang terkenal dengan putar-belit mereka. Apapun, pemilihan PKR tahun ini adalah dilihat sebagai pemilihan paling terkotor di abad ini. Cerita dibawah ini hanya setakat untuk menyelamatkan diri masing-masing :

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menepis spekulasi kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi pada pemilihan parti tengah malam Rabu lalu sebagai satu  'permainan' atau perbuatan sabotaj. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, tidak timbul isu kejadian itu 'dirancang' kerana ia berpunca daripada kerosakan salah sebuah stesen sub Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Bukan Ibu Pejabat PKR sahaja yang 'blackout', tetapi seluruh blok di kawasan Tropicana ini. Kita telah menghubungi TNB secepat mungkin selepas berlakunya blackout dan membuat laporan. Kita menolak spekulasi bahawa kejadian blackout tempohari adalah permainan JPP," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
Menurut Johari, sebaik lampu terpadam pada tengah malam Rabu, semua petugas yang sedang melakukan kiraan kertas undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk Cabang Kuala Selangor diarah keluar dari bilik di tingkat satu dengan segera. Katanya, pintu bilik tersebut kemudian dikunci sehinggalah bekalan elektrik pulih kira-kira pukul 2 pagi Khamis. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sungai Petani ini turut menegaskan bahawa mereka yang mengira undi adalah mereka yang dilantik khas untuk tujuan tersebut. Mereka bukan dari kalangan cabang yang bertanding dan dipantau oleh kakitangan JPP serta wakil pihak yang bertanding. Ketika itu, kiraan undi dilakukan di peringkat pusat, manakala di peringkat cabang belum dikira," ujarnya.


Mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, beliau berkata, keputusan itu adalah keputusan yang belum disahkan JPP. Tetapi beliau berkata, secara tidak rasmi keputusan memang menunjukkan Abdul Khalid tewas kepada lawannya, S. Manikavasagam. Tetapi beliau (Abdul Khalid) mendapat undi yang tinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan penyandang, Mohamed Azmin Ali di peringkat cabang berkenaan, katanya. Tapi, untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar, Khalid Ibrahim di lihat masih belum selamat. Goyah....dan tali hayat Khalid akan berakhir. Tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM

IBU APA DIA NI? TERUK ANAK OKU TU DI SEKSANYA, TAPI MASIH TAK MENGAKU SALAH.

JUMAAT, 27 JUNE 2014
SEREMBAN: Seorang ibu berusia 40 tahun pada Jumaat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anak kurang upaya berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan terbiar di sebuah flat di Nilai dekat sini. Tertuduh, Lolanopita Sadi juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan gangguan emosi dan kecederaan kepada anaknya, Muhammad Firdaus Dullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen B. Jagjit Singh.
Lolanopita dituduh mengikut seksyen 31 (1) (a) dan 33 (c) Akta Kanak-Kanak 2001. Pesalah mengikut seksyen 31 (1) (a) boleh dikenakan denda sehingga RM20, 000, dan penjara sehingga 10 tahun manakala Seksyen 33 (c) memperuntukkan denda sehingga RM5, 000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Kisah Muhammad Firdaus menjadi perhatian masyarakat selepas pasukan penguatkuasa Imigresen yang menjalankan pemeriksaan rutin terhadap kawasan penempatan pendatang tanpa izin menemui remaja itu dikurung di dalam bilik sebuah rumah flat pada Sabtu lalu. Ketika ditemui, Muhammad Firdaus berada dalam keadaan berlumuran najis dan pakaiannya koyak-rabak.
Ibu Muhammad Firdaus iaitu Lolanopita, yang bekerja di sebuah syarikat katering di Sepang, sebelum ini mendakwa terpaksa membiarkan anaknya kerana tidak tahu tempat untuk dirujuk. Sehubungan itu, Hakim Jagjit membenarkan Lolanopita diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes. Dah buat tak mengaku pulak. Manusia apa namanya perempuan sial ni. Siap le ko terima balasannya di akhirat nanti. Wasallam ~ IBM.  SUMBER - mstar

SELFIE DULU!!

JUMAAT, 27 JUNE 2014
KEGILAAN untuk berselfie kian menjadi-jadi sekarang ini. Walaupun mengalami kemalangan jalan raya, selfie dulu. Itu yang berlaku pada seorang warga emas apabila dia ditimpa kemalangan. Jom baca kisahnya di bawah ini :

Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya. Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik. Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku. Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok. Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.
 
Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam. Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu. Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu. Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - AGENSI

PENGERUSI HINDRAF MABUK TODI. MAHU BAWA BN KE MAHKAMAH? PODAHHHH!

JUMAAT, 27 JUNE 2014
DIA sendiri yang gagal menjaga kepentingan kaumnya dan dikhabarkan jua si keling ni telah banyak menipu dan memperdayakan kaum Hindraf itu sendiri. Kini, dia nak saman kerajaan Barisan Nasional (BN) pulak. Puiiii! boleh belahlah le keling paria seko ni. Memang keling Hindraf ni sedang mabuk todi. Kerajaan BN telah beri dia peluang untuk menaik taraf kaumnya, iatu kaum Hindraf, tapi, dia sendiri yang gagal. Jadi, kemungkinan dia ni bukan sahaja mabuk todi, tapi mabuk jawatan yang mana BN telah beri pada beliau dahulu. Elok benar Hindraf ni kembali kepada PR. Kita tengok PR akan layan Hindraf ni ke tidak? Nak saman BN?....sila..silakan. Kita tengok sapa yang kena nanti. Nak tuntut janji konon. Podahhh! 

PENGERUSI Hindraf P Waythamoorthy mendakwa akan mengheret Barisan Nasional (BN) ke peringkat mahkamah sekiranya tidak melaksanakan peruntukan yang dijanjikan didalam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hindraf, April tahun lalu. Menurut Waytha, Mou tersebut tertakluk di bawah perjanjian bersama dan boleh dikenakan tindakan sekiranya perjanjian tersebut tidak ditunaikan. Tidak semestinya saya meletakkan jawatan (sebagai menteri) mereka (BN) tidak perlu menunaikan janji mereka. Kita (Hindraf) akan bawa mereka ke mahkamah tetapi dalam masa dua bulan kes ini akan dibuang dan segalanya akan dilupakan. Tetapi kita tidak akan perputus asa, katanya dalam ucapannya di sebuah majlis di sini, hari ini. Sebelum mengikat perjanjian bersama BN, Hindraf mengemukakan untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan mengadakan 25 perjumpaan tertutup namun pakatan pembangkang enggan bekerjasama serta menolak enam permintaan Hindraf.
Pada penghujung perbincangan (bersama PR) kita (Hindraf) hanya mahu mereka bersetuju untuk satu perkara sahaja namun mereka enggan," ujar Waytha. Beliau walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perjanjian bersama PR. Pada April 2013, komuniti India dibawah Hindraf menandatangani MoU mengandungi perjanjian BN membela masyarkat India di samping menjadikan Waytha sebagai Senator untuk dijadikan sebagai Menteri. Namun, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Waytha meletakkan jawatannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal membela nasib masyarakat India. MoU yang ditandatangani antara Hindraf dan BN mengikat empat resolusi daripada enam yang dituntut pertubuhan tersebut. Bagi IBM, jangan di layan keling seko ni. Memalukan kaum India je. Wasallam  dan salam Jumaat ~ IBM

Thursday, June 26, 2014

GARA-GARA SUKA MENGIGGIT SUAREZ DIGANTUNG SEMBILAN PERLAWANAN. AMBIK KO!!

KHAMIS, 26 JUNE 2014
TAK ada penyakit cari penyakit. Ramai pemain-pemain terkemuka dunia ingin menjadi hero atau menempah nama mereka di kaca mata dunia bolasepak, tapi, tidak bagi bintang Kelab Liverpool dan Uruguay ini. Sebaliknya beliau seperti mencari bala dik kerana hobinya yang suka mengiggit pemain lain. Kerana itu, beliau dihukum oleh Fifa. Nasib ko le Saurez :
Nah! Ini buktinya, kata Chiellini (gambar diatas)

PERSATUAN Bola Sepak Dunia (FIFA) mengumumkan Luis Suarez dijatuhkan hukuman gantung sembilan perlawanan selepas didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. Selain itu, Suarez juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan. Ini bermakna, Suarez tidak dapat beraksi bersama Uruguay dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia bertemu Colombia serta lapan baki perlawanan lagi. 
Lebih malang, Suarez bakal terlepas sembilan perlawanan bersama kelabnya,  Liverpool termasuk kunjungan ke Manchester City pada 23 Ogos. Suarez dijangka akan kembali ke padang pada 1 November bertemu Newcastle United. Hukuman ini berkuat kuasa serta-merta. Kita tunggu apa komen dari majikan Suarez, iaitu Liverpool. Sebagai peminat setia Liverpool dan Saurez, IBM begitu kecewa. Apapun Liverpool tetap di hati IBM. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...