Tuesday, June 17, 2014

DAH BERTAHUN-TAHUN JADI WAKIL RAKYAT TAK RETI-RETI NAK AJUKAN SOALAN, WAKIL RAKYAT APA KE BENDANYA NI?

SELASA, 17 JUNE 2014
MEMANG memalukan. Taklah dah lama jadi wakil rakyat masih tahu tahu nak kemukkan soalan bertulis untuk di bentangkan semasa sidang Dewan bersidang. Mungkin katanya beliau tidak arif tentang peraturan di Dewan Undang Negeri. Maklumlah baru dilantik sebagai ADUN setelah menang di PRK Kajang baru-baru ini. Tapi, bagaimana pula pengalaman beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh? Tak sama ke peraturannya? Apapun, kebodohan wakil rakyat Pakatan Rakyat ini dapat diperbetulkan atau dengan erti kata lain, di cover oleh Speaker DUN. Maklumlah nak cover lubang. kalau tidak malu pembangkang nanti. Ini bermakna Pembangkang memang bodoh. Kebodohan mereka ketara seperti. Nak tahu siapa wakil rakyat tu? baca artikel di bawah ini :

KESEMUA 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditolak berikutan ia tidak mengikuti prosedur ditetapkan, tegas Speaker DUN, Hannah Yeoh (gambar kiri bawah). Malah, Hannah berkata, bukan soalan Wan Azizah sahaja ditolak tetapi juga beberapa ADUN lain atas kesalahan yang sama. Kalau soalan tidak memenuhi peraturan tetap melebihi 40 patah perkataan kita akan tolak dan kita konsisten (dengan penolakan ini), ini juga bukan kali pertama kerana sudah banyak kali. Setiap Sidang DUN kita akan menghadapi isu yang sama, katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN hari ini. Semalam, pegawai Wan Azizah, Mohamad Rashidi Hassan memberitahu kesemua soalan ADUN Kajang itu ditolak oleh Speaker DUN berikutan berlaku kesilapan teknikal iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan manakala semua soalan yang dikemukakan melebihi had dibenarkan. 

Sepatutnya pejabat DUN memberitahu ADUN baharu seperti Wan Azizah tentang perkara ini. Oleh kerana tidak diberitahu, berlakulah perkara ini, kata Rashidi. Mengulas lanjut, Hannah bagaimanapun mengakui pihaknya membuat kesilapan apabila gagal memaklumkan kepada ADUN Kajang itu sebaik sahaja Wan Azizah menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Kajang baru-baru ini.  Masalah kita memang betul kita terlupa untuk memaklumkan kepada ADUN Kajang selepas beliau menang PRK Kajang, katanya lagi. Berdasarkan kepada senarai soalan yang diterima dan ditolak oleh speaker DUN yang disebarkan di kalangan Adun Selangor, Wan Azizah didapati menghantar paling banyak soalan untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini. Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April lalu di depan speaker selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang.

Sebelum menang di Kajang pada 23 Mac lalu, Wan Azizah pernah menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama lebih daripada satu penggal sebelum diambil alih oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu pilihan raya kecil. DUN Selangor mulai bersidang semalam hingga 27 Jun depan. Kesimpulanya, takkan se bodoh itu Wan Azizah ni atau pun  memang biol. Speaker DUN pulak kata terlupa nak beritahu kat Wan Jijah. Bagi IBM itu semua sendiwara depa semata-mata nak cover lubang. Siapa tak kenal Pakatan rakyat. Betui tak? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...