MENGIMBAS kembali kenapa MCA tidak bertanding pada PRK Bukit Gelugor baru-baru ini. Ini jawapan MCA mengesahkan bahawa MCA tidak takut pada Pakatan Rakyat, mahu pun Anwar :
BN TIDAK GENTAR PADA MANA-MANA PARTI. DAN BN ADALAH PARTI UNTUK SEMUA RAKYAT
Chew yang tewas di tangan Wan Azizah dalam pilihan raya kecil DUN Kajang berkata, keputusan untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor adalah juga keputusan yang "pahit". MCA sebelum ini mendakwa ia mengelak dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ingin menumpukan pada kontroversi yang timbul mengenai undang-undang hudud dicadangkan PAS. Tindakan tersebut menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Rampkarpal mengekal kerusi yang disandang mendiang bapanya, Karpal Singh itu apabila menewaskan calon Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas pada pilihan raya kecil 25 Mei.
Wajah Pemimpin Parti Anak-Beranak Yang Cakap Tak Serupa Bikin
Kita lupakan pasal PRK Bukit Gelugor ni. Biarlah apa DAPigs nak kata. Yang penting, kita fokus dan buat kerja dari sekarang bagi menghadapi PRU ke-14 nanti. Kalau boleh bukan hanya Bukit Gelugor kita nak tawan, malah Pulau Pinang kita rampas kembali dari DAP. Jadi, MCA dan Gerakan harus berganding bahu dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti UMNO, MIC dan beberapa parti yang lain. Kita bukan cakap besar, tapi, tidak mustahil kita boleh dapatkan Pulau Pinang kembali. Kita BN tidak takut dan gentar pada sesiapa, mahu pun DAP. Wasallam ~ IBM