Friday, June 27, 2014

SELFIE DULU!!

JUMAAT, 27 JUNE 2014
KEGILAAN untuk berselfie kian menjadi-jadi sekarang ini. Walaupun mengalami kemalangan jalan raya, selfie dulu. Itu yang berlaku pada seorang warga emas apabila dia ditimpa kemalangan. Jom baca kisahnya di bawah ini :

Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya. Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik. Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku. Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok. Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.
 
Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam. Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu. Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu. Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - AGENSI

2 comments:

  1. ini bukan selfie.. selfie tu kalo korang pegang kamera sendiri pastu amek pic sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~rezqeen,

      Salam. Btl tu...mungkin penulis berita tu tak sedar kot....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...