Dengar khabar dari Sepang semalam, berkemungkinan besar akan ada sedikit rombakan kabinet. Gurauan antara Perdana Menteri dengan Pemangku Menteri Pengangkutan mempunyai serti yang begitu mendalam. Apapun, itu hanyalah pandangan IBM sebagai penulis blog dan dikuatkan lagi dengan sedikit maklumat seperti di bawah :
SEPANG : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 semalam, Selasa mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah. Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan. Wasallam ~ IBM