Monday, June 23, 2014

MASIH ADA HARAPAN KE UNTUK KITA TEMUI MH370?

ISNIN, 23 JUNE 2014

KERAJAAN masih menjalankan perbincangan dengan pihak berkuasa Australia dan China bagi mengenal pasti lokasi baharu di laut Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbincangan itu juga meliputi fasa baharu dan penggunaan aset bersesuaian bagi operasi mencari pesawat itu. Itu amat penting dalam fasa baharu ini, kerana tanpa mengetahui atau memutuskan lokasi kawasan itu, adalah amat sukar untuk it's very difficult for us to understand what sort equipment there is needed which have specific capabilities for the search mission, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) 2014 dan melancarkan buku bertajuk 'Perancangan Ketenteraan Dalam As-Sunnah' di sini, Isnin.


Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing, China telah hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antara bangsa KL pada 12:41 tengah malam. Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penergangan MH370 "berakhir di Selatan lautan Hindi". Hishamuddin juga sekali lagi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekualasi berhubung laporan yang mendakwa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Jangan percaya spekulasi, pada asasnya ini tidak adil kepada keluarga juruterbang, ini tentang keluarga dan beliau mempunyai anak dan dan sekiranya anda salah bagaimana anda mahu membaiki kerosakan yang telah ditumbulkan itu, katanya. Baru-baru ini, Akhbar Sunday times, United Kingdom melaporkan kepada polis Malaysia kini menganggap suspek utaman di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Mari kita kaji dan buat analisa tentang percakapan pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin yang menyatakan akan mencari saru lokasi baru, tapi belum dikenali lokasi tersebut. Maknanya di sini, MH370 masih boleh ditemui dan bukan terhempas, begitu ke? Apapun, sama-sama kita berdoa agar pesawat MH370 dan misteri kehilangannya terungkai. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...