RASUAH TERUS BERLUASA DALAM PKR
RASUAH DALAM PARTI ANAK-BERANAK (PKR) SEMAKIN PARAH
Chegubard Akan Tinggalkan PKR?
KITA selalu mendengar tuduhan-tuduhan liar dari pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sewenang-wenangnya menuduh bahawa Umno parti yang mengamalkan rasuah. Malah di peringkat Pakatan sendiri dan juga rakan kongsi mereka, seperti DAP dan PAS juga mengatakan benda yang sama. tapi, hari ini IBM dedahkan akan perilaku PKR yang dikatakan bersih tidak mengamalkan rasuah. Tembelang ini pecah apabila salah seorang kuat PKR yang tinggal berhampiran kawasan tempat tinggal IBM menceritakan segala-galanya kerana beliau sudah tak tahan dengan lakunan para pemimpin-pemimpin PKR. Cerita yang diberi oleh rakan IBM dari PKR itu, berkait dengan apa yang telah didedahkan oleh seorang ahli PKR yang baru-baru ini keahliannya digantung. Korang mesti tahu siapa yang IBM maksudkan itu, kan? Tak lain tak bukan ialah Badrul Hisham Shahrin (gambar atas) atau lebih dikenali dengan panggilan 'Chegubard'. Ceritanya sama, skripnya pun sama.
Tersepit Dengan Kemelut PKR
Bermakna, ianya adalah realiti bahawa rasuah yang melibatkan pemimpin tertingggi dan lembaga rayuan pemilihan parti berkuasa di dalam parti PKR. Difahamkan juga, Chegubard rupa-rupanya telah menulis sepucuk surat dimana telah sampai ke portal pemfitnah pembangkang, iaitu Malaysiakini. Kandungannya membabitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu. Tuduhan itu mendakwa bahawa Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan Parti, Abdul Malek Hussin (gambar atas) telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'. Berkemungkinan bosnya yang dimaksudkan oleh Chegubard itu ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Walaupun beliau telah dipecat keahliannya, tapi dari segi maruah parti, ianya amat "memalukan" kata Chegubard. Dan mengikut kata kawan IBM itu lagi, Cheguabard menggesa Presiden PKR, Kak Wan Jijah dan lembaga displin menyiasat. Amat memeranjatkan lagi, kononnya, Abd Malek telah mencampakkan "sejumlah wang" kepada Dr Xavier dan berkata berikan semua wang itu kepada ketua kamu".![](http://1.bp.blogspot.com/-gQ8FXZsP4vY/U5AyFMKon2I/AAAAAAAAfA0/mUmC9xRHA-A/s1600/xavier-jayakumar.jpg)
Dan satu lagi, adakah parti macam PKR ini layak menerajui dan memerintah negara di bawah payung reputnya, iaitu Pakatan Rakyat? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Terima kasih kepada rakan IBM dari PKR (telah pun keluar) yang telah memberikan sedikit maklumat dan cerita benar akan al-kisah parti anak-beranak ini yang mana Ketua Umumnya di anggap 'anugerah tuhan' oleh isterinya. Chegubard pula nak kemana selepas ini? Hehehehe. Saja tanya. Wasallam ~ IBM
Salam Bro...
ReplyDeleteMohon pautkan link KedahNew.com di blog bro..
http://www.kedahnews.com/
Thanks Bro
ibm~KedahNews.com,
DeleteW'kumusalam. Sudah dipautkan. Selamat berjuang.