Friday, June 20, 2014

ANWAR ANGIN SELURUH BADAN BILA PAPA GOMO HANYA MAMPU BAYAR RM100 SEBULAN SAMAN ANWAR TERHADAPNYA....HUHUHUHU!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

ANGIN...dah tentu angin si Nuar tu. Apa tidaknya. Berangan-angan untuk dapat RM100 juta samannya terhadap blogger Papa Gomo, tapi di hadiahkan oleh Mahkamah RM800 ribu sahaja. Tapi, khabar yang tidak berpihak kepadanya apabila Papa Gomo akan merayu di Mahkamah untuk membayar saman Anwar tersebut sebanyak RM100 sebulan. Alasan, kerana beliau hanyalah seorang nelayan buat masa ini. jadi, mana mungkin beliau dapat bayar RM800 ratus ribu sekali gus. Alahai Nuar, ko dah banyak duit. Apa le dengan RM800 ratus ribu tu, betul tak? :

PENGENDALI blog Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini memberitahu mahkamah beliau kini seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai pampasan setelah di sabit kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Azri untuk mendapatkan persetujuan Anwar sendiri terhadap bayaran pampasan RM800,000 itu."Saya cuba mohon dengan Mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata Wan Muhammad Azri kepada pemberita di luar Mahkamah. Beliau dalam pada itu turut memaklumkan beliau sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

 IMBAS KEMBALI
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri. Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan. Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan. Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Mengikut Papa Gomo, kononnya ada lagi video yang membabitkan si Nuar Brahim tu. Nak dedah jugak ke? Lantak ko Papa Gomo asalkan ko bahagia dan Nuar Brahim masuk ke Sg Buloh. Aman Malaysia ni. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...