![](http://2.bp.blogspot.com/-u6o2vi6nNVQ/U6E-qYPUw1I/AAAAAAAAg-M/jsABGZ_99xM/s1600/images.jpg)
Jesteru, di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama bagi kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga. Persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah ibu bapa atau penjaga, bukannya ibu bapa dan penjaga yang mana bermaksud ibu atau bapa atau penjaga. Oleh itu semua pihak perlu tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa memandangkan kerajaan belum meminda apa-apa peruntukan undang-undang, katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya bila kerajaan mahu menggubal undang-undang berkaitan berhubung hak penukaran agama kanak-kanak. Menerusi soalannya, Kulasegaran merujuk kepada keputusan Kebinet pada 2009 yang mengharamkan kes penukaran anak tanpa kebenaran ibu dan bapa. Harap ianya tidak berlarutan. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak yang terlibat. Silap langkah, gelap masa depan mereka. fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM