PAKATAN bergolak lagi. DAP kini dilihat begitu menekan rakan kongsinya di dalam Pakatan setelah calonnya tewas di PRK Teluk Intan baru-baru ini. DAP seolah-olah tidak lagi menghormati rakan kongsinya di dalam PR. Mereka hentam dan mencari kesalahan rakan mereka sendiri. Terkini, Menteri Besar Selangor menjadi sasaran DAP untuk melepaskan geram mereka. Selepas menyalahkan Pas yang dikatakan punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyelar pula sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'pembohong' kerana menafikan penghapusan lebuh raya bertol adalah sebahagian daripada manifesto pakatan pembangkang di negeri itu sebelum ini. Sambil merujuk kepada isu pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) di Petaling Jaya, Gobind berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya memandang rendah rakyat Selangor dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun sebelum ini manifesto pakatan pembangkang pernah menyebut jika mereka menjadi kerajaan Persekutuan, maka lebuh raya bertol akan dihapuskan.
Ketidaksepakatan dalam pakatan pembangkang lebih terserlah apabila Gobind yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, terus mendesak Abdul Khalid agar tidak lari daripada hakikat yang telah dicapai di dalam manifesto sebelum ini. Gobind sedar mereka (Pakatan) tidak menang sebagai kerajaan Persekutuan. Tetapi, Selangor milik mereka (pembangkang) dan lebuh raya ini (Kidex) merentasi Selangor, jadi kerajaan negeri ada banyak kuasa untuk menghentikan atau setidak-tidaknya memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan projek lebuh raya bertol ini. Sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid seharusnya mencari jalan untuk berbuat demikian. Beliau kena faham ini dan berhenti memberi gambaran kepada semua bahawa dia adalah seorang yang lemah dan tidak berdaya, katanya apabila melepaskan geramnya di dalam laman sosial Facebook semalam. Seperti yang kita maklum, pembinaan Kidex sebelum ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Selangor terutama di sekitar kawasan terlibat di Petaling Jaya yang mendesak kerajaan negeri Selangor menghentikan projek tersebut yang disifatkan bakal mendatangkan kesan buruk kepada rakyat di negeri itu.
Kajian yang IBM buat baru-baru ini bertemu dengan pengikut-pengikut tegar PR, rata-rata ramai yang meluahkan kekecewaan dan mereka mendesak agar kerajaan Pakatan rakyat (PR) memenuhi manifesto mereka untuk menghapuskan tol jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, namun pembinaan lebuh raya itu membuktikan sebaliknya. Mereka juga mendakwa pembinaan Kidex juga akan menyebabkan perniagaan hampir 600 peniaga dan 3 ribu lebih pemilik tanah berada dalam situasi tidak menentu kerana nilai harga hartanah dikhuatiri merudum akibat masalah yang timbul kelak. Maka, IBM berpandangan kerajaan Pakatan Rakat Selangor telah mempermainkan rakyat Selangor, mereka tidak mengindahkan rintihan dan langsung tidak mahu mendengar permasalahan rakyatnya, segala janji-janji semasa PRU ke-13 lalu hanyalah palsu semata-mata. Segala apa yang terdapat di dalam manifesto Pakatan adalah manifesto kosong. Kesimpulannya, IBM nak tanya, adakah korang rakyat Selangor akan menyokong PR pasda PRU ke-14 nanti? Fikir-fikrkan dan renung-renungkan. Jangan seperti Tipah, kerana si Tipah tertipu lagi. Wasallam ~ IBM