Monday, June 2, 2014

MAK LAMPIR NAK PANTAU GERAK-GERI DATUK MAH? LU SAPA?

ISNIN, 02 JUNE 2014
Mak Lampir mulut celupar
BURUK betui perangai pemimpin-pemipin  Pakatan Rakyat (haram) ni ye. Dah kalah, kalahlah. Masih meroyan tak habis-habis. Ini, pemimpin betina PKR, kitya panggil dia Mak Lampir saja, kata dia akan pantau gerak-geri calon BN kita yang menang di PRK Teluk Intan pada Sabtu yang lepas, supaya menunaikan janji-janji manifestonya semasa berkempen dulu. Persoalannya, tertunai ke atau tidak itu bukan urusan pembangkang. Mengapa nak sibuk pulak? Kita tahu le buat kerja. Inilah penyakit pemimpin-pemimpin Pakatan haram yang begitu gilakan jawatan. Dalam kekalahan tu ada kemenangan bagi depa. Issss...isssss...kenapa le biol sangat pembangkang ni? Kenyataan si Mak lampir dibawah ni jelas menunjukkan kebodohan mereka begitu terserlah : 

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong harus memastikan segala janji-janji manifestonya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu ditepati, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Ujarnya, Pakatan Rakyat akan sentiasa memerhatikan gerak-gerinya sehinggalah semua janji-janji itu di lunaskan. Jalankan kerja anda dan tunaikan semua janji-janji yang dibuat atau orang ramai akan membuat pilihan lain pada pilihan raya umum selepas ini. Tetapi, jika Mah mahu memberikan pembangunan kepada Teluk Intan, pasti beliau telah berbuat demikian ketika menjadi Ahli Parlimen di situ dahulu. Kini kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada janji-janji itu akan ditepati atau hanya menjadi janji kosong, katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Mah sebelum ini berjanji untuk membina sebuah universiti selain berusaha menyenaraikan bangunan warisan Menara Condong Teluk Intan sebagai antara Tapak Warisan Sejarah UNESCO. Beliau juga mahu menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian selain memfokuskan kepada pembangunan kawasan Parlimen itu. Tugas itu mungkin tiada masalah bagi Mah ekoran jawatan 'Menteri' menanti beliau sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. Sementara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberi jaminan bahawa segala janji-janji manifesto Mah akan dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata demikian sebaik sahaja Mah memenangi PRK Teluk Intan, Sabtu lalu. 

Zuraida dalam pada itu menyifatkan kemenangan Mah sebagai bukan sesuatu yang harus di banggakan. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dahulu, berapa banyak perubahan yang dibawa untuk penduduk Teluk Intan? Kemenangan Mah hanya bergantung kepada undian pos dan ini mungkin juga ada kena mengena dengan amaran Zahid (Datuk Seri Zahid Hamidi) bahawa kerajaan tahu siapa mengundi untuk siapa. Undian pos sebanyak 238 dan jumlah keseluruhan undian yang tidak selaras telah menimbulkan persoalan sama ada kemenangan Mah ini sebenarnya dapat dipertahankan, katanya dalam kenyataan itu. Dalam pada itu, Zuraida turut memberi semangat kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa ini hanyalah permulaan kepada kerjayanya dan Mah ‘kemungkinan besar hanya akan menjadi Ahli Parlimen tansit untuk PRU-14’. 

Presiden Gerakan, Mah memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan jumlah undian sebanyak 20,157, mengalahkan Dyana dengan majoriti 238 undi, sekaligus berjaya menawan semula kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan PRU-13. Dyana memperolehi 19,919 undi. Dah kalah tu kalahlah. Janganlah nak cari alasan lain. Memang pengundi Melayu dan India tolak DAPigs kali ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...