INILAH akibatnya jika bersikap ego, tamak dan tidak berpengalaman di dalam menguruskan sesebuah kerajaan. Pakatan Rakyat Selangor dilihat memang kurang berpengalaman mentadbir negeri dan kebanyakan pemimpin-pemimpin mereka menjurus kepada kepentingan peribadi dan terlalu banyak berpolitiking sehingga kebajikan rakyat diabaikan. Pakatan tidak di lihat mempunyai material sebagai sebuah kerajaan yang baik. Inilah yang terjadi kepada pemasalahan air di Selangor ini. Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, belum ada krisis air seteruk ini hinggakan air lombong nak dijadikan minuman untuk rakyat. Dah gila ke apa Pakatan ni? IBM setuju dengan pandangan ketua Pembangkang Selangor yangmengkritik keras di atas langkah kerajaan negeri untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong. Kepada yang berkesempatan, baca rumusan di bawah ini oleh Ketua Pembangkang negeri Selangor iaitu Datuk Shamsuddin Lias :
Barisan Nasional (BN) Selangor meminta kerajaan negeri berhenti memperbodohkan rakyat berhubung langkah untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias (gambar bawah kanan) berkata ini kerana tahap kebersihan kawasan berkenaan tidak dapat dipastikan dan bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan rakyat Selangor. Janganlah kita hendak perbodohkan rakyat negeri Selangor, minum air lombong ini yang mengadungi bahan-bahan arsenik, logam yang mencemarkan bukan kesannya serta merta macam minum racun ataupun memudaratkan badan kita serta merta. Ini kesan dia dalam jangka masa panjang. Kalau kita ambil air terus dari lombong kita terdedah kepada risiko yang tinggi kepada kesan-kesan sampingan terhadap kesihatan seperti kanser dan sebagainya," tegasnya kepada Antarapos. Menurut Shamsudin, ini kerana antibodi semua orang berbeza untuk menerima setiap kandungan bahan logam yang terkandung dalam air terbabit selain menggesa kerajaan negeri mengambil sikap lebih berhati-hati dalam mengaplikasikan cara itu.
![](http://2.bp.blogspot.com/-MIiJC1rjc-k/U6oyy4qv-1I/AAAAAAAAhyY/YRemZdo-7Vs/s1600/Shamsuddin-Lias.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/-suY4TkGPaXs/U6oy1QHFwcI/AAAAAAAAhyg/8xyiYH8W5BE/s1600/kartun_lawakA002.png)
Shamsudin juga turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar itu yang berdiam diri dengan tawaran kerajaan Negeri Sembilan dan lebih memilih untuk membuat pembenihan awam. Kerajaan Negeri Sembilan juga telah tawarkan pembelian air 3 juta liter sehari, kenapa kita berdiam diri? Berundinglah dengan kadar yang boleh diberikan, ini dia tak nak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Padahal nak buat pembenihan awan itu juga dia perlukan kapal terbang dari kementerian Pertahanan dan inilah perlunya kerjasama yang erat dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Barulah orang kata dapat memastikan rakyat kita terjamin, ini tidak. Saya tak yakin ini dapat memenuhi keperluan air terutama dalam keadaan El-Nino ini sekarang pun keadaan dah kering, ujar beliau. Apapun, Pakatan bukanlah sebuah kerajaan yang bagus dan berpengalaman. Mereka (pemimpin) Pakatan hanya mahu mengaut segala kekayaan yang ada di Selangor ini. Wasallam ~ IBM