PROSES pemilihan semula jawatan dalam PKR Kuala Selangor kecoh seketika apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang penyokong calon lain. Difahamkan, calon ketua cabang berkenaan, S. Manikavasagam menegur tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa cuba berkempen di hadapan pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor. Bagaimanapun teguran Manikavasagam itu dikatakan dibalas individu berkenaan sehingga tercetus perang mulut namun kemudiannya dileraikan penyokong lain termasuk anggota jawatankuasa pemilihan parti (JPP) yang sedang bertugas. Ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut, Manikavasagam berkata ia hanya sedikit salah faham.
Ada orang tukar-tukar 'chai' (kertas nombor calon)... orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR pusat," katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mengundi. Pada 15 Mei lepas Manikavasagam dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas digantung keanggotaan daripada parti itu namun arahan berkenaan ditarik balik jawatankuasa tersebut pada 11 Jun lepas. Tindakan disiplin ke atas Manikavasagam itu berikutan kenyataan bekas anggota Parlimen Kapar tersebut menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar terlibat dalam politik wang semasa pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lepas.
PEMILIHAN SEMULA PKR TERUS KECOH DAN KECOH
Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat
Sementara itu di KUALA LANGAT, JPP cabang berkenaan dilihat mengadakan kawalan ketat di pusat pemilihan semula hari ini bagi mengelakkan berlaku lagi sebarang kekecohan seperti pada pemilihan pertama sebelum ini. Tinjauan mendapati wujud sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota PKR berikutan sistem pengundian parti itu dikatakan tidak menyediakan maklumat terperinci mengenai calon yang bertanding menyebabkan mereka tidak tahu siapa calon yang mahu diundi. Malah pertelingkahan tidak terkawal itu telah menyebabkan salah seorang dari perwakilan cabang cedera parah ci bahagian kepala. Disebabkan perkara itu, pengundi dikatakan terpaksa mengundi tanpa mengetahui nombor calon yang mereka pilih.
Dalam pada itu, di SABAK BERNAM, walaupun pemilihan semula cabang itu yang diadakan di Dewan Sungai Air Tawar, Kampung Datuk Hormat, Sungai Air Tawar, di sini, kelihatan tenang pada mulanya namun ada beberapa penyokong calon cabang berkenaan dilihat menimbulkan suasana 'panas'. Seorang anggota yang enggan dikenali berkata pengedaran terlalu banyak senarai nama calon atau kertas 'chai' menimbulkan kerumitan sehingga mencetus beberapa pertengkaran kecil. Ada juga beberapa anggota yang sudah dilucutkan keahlian daripada PKR, dilihat membantu memancing undi dan menimbulkan kekecohan dengan mengoyakkan gambar calon bertanding.
Apabila ada penyokong calon berkenaan ternampak kertas itu dikoyakkan, mulalah kecoh kerana mereka tidak berpuas hati," katanya. Proses pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan ketika proses pemilihan pertama pada 11 Mei lalu, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang di negeri itu terpaksa menjalani pemilihan semula. Selain Sabak Bernam, Kuala Langat dan Kuala Selangor, turut diarahkan mengadakan pemilihan semula adalah cabang Hulu Selangor, Hulu Langat, Selayang dan Kota Raja.
Jadi, mana yang dikatakan PKR adalah sebuah parti yang mengamalkan 'demokrasi', telus, tidak mengamalkan gengsterism dan bebas dari rasuah seperti yang di suarakan oleh Presiden partinya, Datin Wan Azizah @Kak Wan Jijah baru-baru ini? Semuanya bohong dan retorik. Dan...PKR bukanlah parti yang ingin membuat perubahan atau 'Reformasi" seperti yang mereka laung-laungkan. Maka, jelas, PKR sekarang diambang perpecahan dan akan hancur tak lama lagi. Wasallam ~ IBM
SUMBER - rakyatnews.my