Thursday, June 26, 2014

NURUL IZZAH NAK BENAR BERGELAR JANDA MUDA, TETAP MAHU MENERUSKAN PERMOHONAN CERAINYA.

KHAMIS, 26 JUNE 2014
SEDIKIT je IBM nak komen tentang al-kisah perceraian anak emas Ketua Pembangkang ni, Nurul Izah ni. Kenapa beria-ia nak mohon pencerian sedangkan ianya boleh di bawa beruding. IBM bukan nak sibuk tentang dia ni, tapi, bak kata perpatah melayu, 'kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' atau lagi satu, 'bapak borek anak rentik'. Kerana apa, sikap dan prilaku si Nurul ni sebiji macam bapaknya, Nuar Brahim. Apapun kepada Nurul, selamat menjalani hidup sebagai janda muda. Kononnya rumah tangga Nurul tidak boleh di selamatkan lagi seperti apa yang diceritakan di bawah ini :

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu bahawa jawatankuasa pendamai menyelamatkan perkahwinan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tidak menemui sebarang penyelesaian. Laporan itu dibacakan Hakim Ab Malek Awang yang sebelum ini mengarahkan jawatankuasa itu dibentuk bawah Seksyen 47(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Jawatankuasa pendamai bersetuju untuk menyerahkan kepada pihak mahkamah kerana tiada jalan penyelesaian di antara kedua-duanya dan kedua-duanya tetap dengan keputusan masing-masing, laporan itu dipetik Hakim Abd Malek yang membacakannya. Nurul Izzah dilaporkan tetap mahu meneruskan permohonan cerainya sementara Raja Shahrir pula enggan melafazkan cerai terhadap beliau. Laporan jawatankuasa yang berbincang pada 26 Mei 2014 itu juga menyebut bahawa MP Lembah Pantai itu dan suaminya sudah tidak tinggal bersama bermula 17 April 2014.
Nurul Izzah, 32, sebelum ini mewakilkan bapa saudaranya, Che Rosli untuk berbincang dalam jawatankuasa itu. Sementara Raja Shahrir, 35, pula diwakili seorang kenalan karib, Mohd Fauzi Mustaffa dalam jawatankuasa itu. Hakim kemudian menetapkan menetapkan tarikh 7 Ogos 2014 untuk memberi peluang kepada peguam suaminya, Zulkifli Che Yong untuk meneliti laporan itu. Hakim juga memerintahkan Raja Shahrir yang tidak hadir pada hari ini, agar hadir pada tarikh tersebut. Sewaktu perbicaraan berlangsung, peguam Zulkifli Che Yong mempertikaikan tindakan jawatankuasa itu yang berbincang dalam tempoh terlalu singkat dan mengambil keputusan yang mereka telah gagal menemui jalan perdamaian. Hujahnya, Seksyen 47(9) memperuntukkan tempoh selama enam bulan atau lebih lama lagi untuk jawatankuasa itu mencapai perdamaian di antara kedua-dua pihak.


Seksyen 47(8) pula memberi kuasa kepada mahkamah untuk memecat jawatankuasa itu jika tidak berpuas hati dengan perjalanan perdamaian dan melantik jawatankuasa pendamai yang baru. Bagaimana pun, peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli membantah hujah itu. Jika jawatankuasa pendamai dirujuk sekali lagi, ia akan memudaratkan anak guam saya (Nurul Izzah) katanya, hujahnya. Beliau kemudian memohon mahkamah meneruskan kes tersebut berdasarkan Seksyen 47(14) yang "menasihatkan suami berkenaan agar melafazkan talak di hadapan mahkamah". Jika suami enggan melafazkan cerai, akta sama memperuntukkan agar hakam (penimbang tara) dilantik seperti diperuntukkan bawah Seksyen 48.

Bawah Seksyen 48(6) pula, sekiranya hakam itu mendapati perkahwinan gagal tetapi masih tidak dapat memerintahkan perceraian, mahkamah boleh melantik hakam lain yang akan diberi kuasa untuk memerintahkan perceraian dan menghantar satu salinan rekod perceraian itu kepada pendaftar. Zulkifli Che Yong bagaimana pun memohon mahkamah memberi pihaknya masa meneliti laporan itu kerana mahkamah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian bawah Seksyen 47(7), 47(8), 47(9) dan Seksyen 47(10). Selamat bercerai Nurul. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...